Khamis, 27 Disember 2007

Adam sedang lena tidur


Adam sedang lena tidur. Jam menunjukkan pukul 3 lebih. Ayah adam baru lepas tukar lampin adam.

Kepenatan. Mungkin itu yang dapat digambarkan namun sepanjang malam tidurnya terganggu. Pusing ke kanan dan pusing ke kiri sambil sesekali merengek. Namun mata terpejam lena.

Petang tadi, ibu adam yang ambil adam dari taska. Menurut ibu adam, adam ceria dan aktif. Ketika ayah adam sampai rumah, azan maghrib telah pun berkumandang dan adam sedang menjamu nestum, disuap oleh ibu adam. Begitu berselera.

Lepas makan, seperti biasa dia akan bermain dan bersembang. Ditemani oleh ibu adam, ayah gunakan masa yang begitu pendek untuk memasak, mandi dan bersolat. Selesai urusan ayah, masa untuk ibu pula bersolat.

Tak pasti adam tidur pukul berapa tapi ayah adam yang terlelap dulu :P .

0 comments:

Catat Ulasan