Sabtu, 8 Disember 2007

Demam Adam Makin Teruk

Ayah adam baru saja sempat duduk dan berehat seketika. Kedengaran suara adam dari bilik tidur utama terkekek kekek dan sesekali ketawa. Jam menunjukkan pukul 5.11 minit pagi. Pukul 2 lebih tadi, ayah adam terjaga apabila adam menangis. Ketika ayah adam menyentuh adam, suhu badan dia begitu panas dan kipas bilik terpadam. Ayah adam mengamuk.

Setelah habis membebel memarahi ibu adam, ayah adam terus mencapai beg, air susu dan botol. Ketika hendak menuju ke kereta, ibu adam bertanya nak ke mana, dengan selamba ayah adam menyatakan, "nak ke kubur". Sambung ayah adam, "tak kan nak ke kubur, nak ke hospitallah. Nak ikut."

Pukul 3 lebih kami sampai hospital. Adam diberikan ubat bontot dan kemudia mengambil nebulizer. Mask adam tertinggal di rumah pula. So kena beli mask baru. Pukul 5.00 baru sampai balik rumah tapi pukul 9 nak ke sana balik untuk bertemu dengan doktor pakar Dato Azizi.

Letih dan penat.

0 comments:

Catat Ulasan