Masa tu ayah dan ibu adam baru berumahtangga. Seorang sahabat baik ayah menelefon ayah adam untuk bertemu. Katanya penting. Ayah adam seperti biasa menerima sesiapa saja menjadi tetamu. Kami menjamu selera diluar. Sahabat ayah adam ditemani oleh isteri beliau yang sedang sarat mengandung. Menurut sahabat ayah adam, isterinya masih lagi belajar dan kini sedang meniti hari untuk bersalin. Mereka amat memerlukan bantuan kewangan.
Tanpa berfikir panjang, ayah adam menghulurkan sejumlah wang. Tak banyak tapi kalau setakat nak bersalin di hospital kerajaan dan membeli barangan keperluan bayi, rasanya cukup. Walaupun jumlah tersebut hanyalah separuh dari yang diminta. Syukur, Alhamdulillah, isteri sahabat ayah adam selamat bersalin. Anak perempuan yang comel. Ayah dan ibu adam sempat menziarahi anak tersebut.
Satu hari, sahabat ayah adam menghubungi ayah adam setelah sekian lama menyepi. Ayah adam ingat dia nak memulangkan kembali wang yang dipinjam. Ayah adam menyediakan juadah satay untuk dinikmati bersama. Dan malam tu, dia datang dengan membawa alat elektrolisis. Dia kata air di rumah ayah adam tidak bersih. Dan dibuktikan dengan proses elektrolisis. Dan dia mencadangkan ayah adam membeli penapis air yang bernilai ribuan ringgit.
Hati ayah adam benar benar kecewa. Air yang disediakan dan juadah satay yang terhidang tidak dijamah. Maklumlah air di rumah kami kotor dan berkeladak hasil dari pembuktian dengan proses elektrolisis. Ingatkan nak memulangkan wang yang dipinjam tapi rupanya dia datang nak menjual barang. Setelah menyatakan yang ayah adam tidak berminat dan tidak mampu membeli penapis tersebut, sahabat ayah meminta izin untuk pulang. Ayah adam minta ibu adam bungkuskan semua satay dan menyerahkan kepada sahabat ayah adam untuk isteri beliau.
Semenjak hari itu, ayah adam tidak mendengar sebarang berita dari dia. Entah hidup entah mati. Entah berapa orang anaknya pun ayah adam tak pasti. Mungkin dia malu nak bertemu dengan ayah adam atau mungkin dia dah melupakan segala galanya.
Oleh kerana itu, hari ini ayah adam beli penapis air. Taklah sampai beribu tapi sekadar RM49.90 sahaja. Nak beli yang mahal mahal, rasa tak mampu lak.


0 comments:
Catat Ulasan