Isnin, 3 Disember 2007

Catatan Ibu Adam - Kenduri Kahwin

Hujung minggu nih batuk Adam kian teruk bunyinya. Bermula dari petang Jumaat lagi. Adam kelihatan ceria masa ibu mengambil dari Taska. Tiba dirumah, Adam mula batuk . Semua ubat dan inhealer yang perlu telah ibu beri, namun batuk Adam tidak kurang. Tak boleh ibu tinggalkan sendirian langsung, Adam asyik merengek jer. Nasib baik ibu telah beli lauk, kalau tidak pastinya ibu tak sempat masak. Kebetulan ayah Adam balik lewat malam tuh, pukul 10 malam baru ayah sampai dirumah. Bila dapat bahu dan bau ayah, barulah Adam lena. Ibu dan ayah makan malam pukul 10.30 malam tuh.

Bila batuk Adam masih lagi teruk diwaktu pagi sabtu, semua perancangan mengemas rumah lama dibatalkan. Sebaliknya ayah dan ibu Adam membawa Adam ke Klinik di Selayang. Di sana, Adam diberikan nobulizer untuk mencairkan kahak. Selepas itu barulah Adam boleh bernafas dengan selesa dan mula senyum ceria semula.

Hari Ahad Adam ke Felda Gunung Besaut 2, Slim River, Perak. Kalau dulu untuk majlis bertunang, dan hari ini untuk majlis khenduri kawin pula. Setibanya di rumah khenduri kawin, pertama sekali pastinya lah nenek Adam memeluk dan mencium cucu yang sekian lama dirindui. Selepas itu, berebut2 pula nenek2 sedara dan sepupu2 ibu ingin mendukung Adam. Yang paling membanggakan ibu dan ayah adalah, walaupun ditengah keriuhan jerik pekik dan kepanasan orang yang ramai, Adam cukup baik dan tenang. Tidak ada menangis langsung, cuma sesekali kedengaran Adam batuk dengan teruknya. Berbeza benar dengan dua pupu Adam, Afiq Haikal yang menurut nenek Adam tidak mahu diam langsung sejak semalam lagi.

Kepenatan, Adam tidur dengan lenanya di bahu ayah, dibawah khemah, dengan ditemani hembusan bayu desa yang menyegarkan. Kemudian ibu pengantin menjemput semua keluarga untuk bergambar beramai2 bersama pengantin. Malangnya tak muat untuk semua orang masuk sekali bergambar. Maklum sajalah, nenek Adam ada 9 adik beradik dan ibu pengantin merupakan adik yang ke 6. Bila semuanya telah berumahtangga, beranak pinak, malah ramai juga yang telah bercucu, pastinya keluarga ini dah cukup besar. Sekali lagi ramai yang berebut untuk meriba Adam, tapi bila pengantin lelaki meriba Afiq Haikal, pengantin perempuan meminta untuk meriba Adam. Barulah Adil, baru kawin masing-masing dah meriba baby.

Pukul 4 petang, ibu dan ayah Adam serta kebanyakkan keluarga dari Taiping, KL dan Pahang semuanya berangkat pulang. Adam tiba dirumah lebih kurang pukul 6 petang.

0 comments:

Catat Ulasan