Sabtu, 22 Disember 2007

Detik ceria adam menjamah makanannya ..

Hari ini cknet menikmati nestum yang dibancuh di dalam bekas yang telah ibu adam beli tempoh hari. Sedar tak sedar dah 6 bulan usia cknet. Tiba untuk menambah diet pemakanan dia. Pilihan kami nestum beras tanpa susu. Nampak berselera betul ketika ibu adam menyuap sudu demi sudu ke mulut cknet.




Malam semalam lagi adam dah mula menjamu selera dengan nestum cuma pagi tadi sukatan telah bertambah. Semalam sesudu camca nestum dan pagi ini 2 sudu camca. Hari ini juga cknet telah bertukar susu Lactogen 2. Maklumlah menghampiri 6 bulan dan kebetulan susu lactogen 1 dia dah pun habis. Nampaknya semakin banyak cknet minum susu. Entah beberapa kali ayah adam membancuh susu untuk cknet.

Ketika melihat telatah cknet, ayah adam teringatkan bagaimana risaunya dan runsingnya ketika cknet demam panas beberapa minggu lepas. Kini cknet ceria. Saat ayah menulis, cknet dan ibu sedang lena tidur di katil utama. Tak sanggup rasanya nak mengejutkan ibu adam dan memindahkan adam ke play pen dia. Biarlah cknet tidur dengan ibu.

Ayah rasa sedih sebenarnya. Dahbeberapa hari, ayah lihat ibu adam bertungkus lumus untuk mengemas dan menjaga cknet. Baju hendak di basuh, dijemur dan dilipat. Rumah nak disapu dan dibersihkan. Bahan makanan perlu dibeli dan dimasak. Semalam hampir pukul 12 lebih baru ibu adam tidur. Dulu ibu adam hanya perlu menjaga ayah saja dan kini perlu menjaga cknet dan ayah adam. Memang jelas dari raut ibu adam, keletihan dan kepenatan.

Pagi tadi ayah adam cadangkan agar ibu adam mandi wap dan berurut di Shah Alam. Tempat biasa kami mandi wap dan berurut. Tapi ibu adam menolak. Tak diberikan sebarang alasan pula kenapa. Apa pun malam ini ayah adam biarkan ibu dan adam tidur. Ayah adam tak mahu mengganggu mereka berehat. Ibu adam kepenatan menguruskan rumahtangga sementara cknet kepenatan bermain.

0 comments:

Catat Ulasan