Pukul 5 petang semalam, ayah Adam call ibu, bagitau ada egen nak datang bawa bakal pembeli untuk melihat rumah kami lagi. Baru seminggu pindah dah ada orang nak beli rumah tersebut. Terasa marah, frust, kecewa dan sebagainya. Rasa macam tak nak jer bagi orang tuh masuk rumah tersebut. Dalam perjalanan balik, tetiba jem teruk sangat. Bermula dengan traffic light yang rosak. Lepas tuh ada pula road block. Ibu sampai ditempat Adam dah lebih kurang pukul 6.45 ptg. Pengetua yang menyerahkan Adam memberitahu yang batuk Adam makin teruk. Ibu bagitau, semua usaha dah dibuat. Minggu lepas dah bawa ke hospital, sabtu yang baru nih bawa ke klinik untuk mencarikan kahak. Masuk jer dalam kereta, Adam terus menangis.Mungkin sejuk, lalu ibu matikan air-cond. Rasanya Adam telah cuba menangis sekuat hati, tapi mungkin sebab hidung atau kerongkongnya tersumbat, suara tangisannya tidak keluar. Ibu cuma mampu memujuk dengan menepuk2 Adam sambil cuba memandu selaju mungkin untuk cepat sampai kerumah. Masa tuh terasa beratnya dugaan yang Allah uji, dengan status rumah yang tak menentu, kemungkinan akan dihalau keluar bila2 masa, dengan kesihatan Adam yang benar2 memerlukan kesabaran.
Tibanya dirumah, ibu terus picitkan ubat untuk hidung Adam. Tidak lama kemudian barulah suara tangisan Adam yang cukup kuat kedengaran. Dan ditengah kekalutan tersebut, Ayah Adam pun sampai. Ayah mengambil alih menjaga Adam, sementara ibu menyediakan susu, dan kemudiannya solat maghrib. Semasa ayah sedang solat maghrib, agen tersebut telah berkali2 menggoncang pagar dan call. Kemudian masuklah egen tersebut bersama satu keluarga india ke rumah kami. Tapi egen nih egen lain, bukannya egen yang sama semasa kami nak masuk rumah nih. Ayah pun bagitau berapa masalah tentang rumah nih, kalau org tuh nak beli, terutamanya tentang Fung sui yang kurang baik yang orang china percaya, kerana rumah tuh menghadap simpang 3 terus ke jalan besar. Sebelum keluar, ibu mendengar perempuan india tuh berkata "Sorry, we don't want this house because it quite old". Fuh lega rasanya.
Lepas tuh barulah ayah dan ibu lalu untuk makan malam, sambil membincangkan next step dengan rumah tersebut. Secara dasarnya kami bersetuju untuk membeli, dengan menggunakan loan syarikat ibu ditambah dengan wanga kwsp ayah. Walau bagaimanapun, banyak perkara perlu dipertimbangkan lagi, agar keputusan yang akan dilakukan tepat dan tidak akan dikesali dikemudian hari.
--
Jika hati sejernih air, jangan biarkan ia keruh.
Jika hati seputih awan jangan biarkan ia mendung.
Jika hati seindah bulan hiasilah dengan iman.

0 comments:
Catat Ulasan