.jpg)
Ayah adam tak berniat nak menulis pada blog adam malam. Agak keletihan. Namun ada sedikit masa yang terluang sebelum ibu adam selesai mengosok baju. Kesempatan ini ayah adam gunakan untuk mencoretkan sedikit penulisan. Adam dah lena diulit mimpi. Semenjak maghrib tadi. Kepenatan. Maklumlah menemani ayah dan ibu adam mengemas dan berpindah rumah. Buat per kali adam tidur dikatil besar, dibilik besar yang baru.
Kami baru sahaja selesai fasa pertama perpindahan ke rumah sewa yang baru. Agak besar sedikit berbanding rumah sewa yang lama. Rasanya ibu adam akan mencoretkan sesuatu tentang perpindahan tersebut. Itu pun kalau ibu adam sempat. Maklumlah dalam minggu ini,kalau tak salah hari selasa, ibu adam akan mengambil ujian PTK dia. Kesian juga ayah adam lihat ibu adam. Rasanya sepanjang hujung minggu ni, langsung tak buka buku untuk belajar. Apa pun ayah adam doakan ibu adam akan berjaya dalam ujian PTKnya.
Apa yang menarik sepanjang minggu ini ialah penerimaan sebuah buku yang bertajuk tip tip berpoligami. :) agak menarik sebenarnya. Ketika ibu adam membaca sepintas lalu, dia tersenyum. Sebelah malam, dalam menjaga adam, sempat juga ayah adam mengkhatam membaca buku tersebut. Niat di hati kalau diizinkan Allah swt, sebelum ayah adam melelapkan mata buat kali terakhir, Ayah adam naklah beristeri 4 dan mempunyai anak yang ramai. Kalau boleh 12 orang orang ke atau 19 orang. Kalau tak 4 pun , 2 ke 3 ke , Syukur Alhamdulillah. Tentu ramai yang akan bertanya, mampu ke? duit dah berguni ke? Badan larat ke ? Dan macam macam lagi soalan. Tapi dengan kuasa Allah swt, segala yang mustahil boleh menjadi satu kenyataan.
Satu ketika dahulu, ayah adam tertanya sama ada, ayah adam mampu ke nak kahwin. Alhamdulillah dengan izin Allah sw ayah adam berkahwin dengan ibu adam. Dulu terfikir juga. mampu ke ayah adam nak pakai kereta. dan dengan izin Allah swt juga, ayah adam memandu kerata yang bukan kereta proton. Kita seringkali menyoal perbagai soalan yang kadang kala menafikan kekuasaan Allah swt. Kita percaya ajal maut ditangan Allah swt, rezeki Allah swt yang tentukan tapi bila bab jodoh pertemuan, ramai yang kufur. Bagaikan menidakkan kekuasaan Allah swt.
Antara yang menarik dalam buku tersebut adalah bagaimana gerakkan anti Islam memberikan definasi semula terhadap pelbagai perkara dalam islam sehinggakan menggambarkan sesuatu yang buruk. Antaranya poligami yang digambarkan penuh dengan penindasan, penuh dengan ketidakadilan dan penuh dengan nafsu sahaja sedangkan bagi mereka yang mengamalkannya kerana Allah swt menyatakan sebaliknya.
Selain itu dalam forum http://www.al-ahkam.net juga menyarankan agar mereka yang mampu untuk berpoligami agar cepat cepat berkahwin lagi. Dan membuktikan bahawa poligami itu sebenarnya cukup indah. Ayah adam telah pun menyatakan hasrat untuk kahwin lagi pada ibu adam. Alhamdulillah tak ada pinggan mangkuk yang terbang.
Apa pun kalau diizinkan Allah, berpoligami jugalah ayah adam. Doakanlah .. :P
Satu lagi perkara yang menarik yang berlaku ialah :
.jpg)
Apa yang dihisap oleh adam dalam gambar disebelah?
Ada sesiapa yang tahu apa maknanya apabila adam melakukan sedemikian?
Hari sabtu, adam telah dibawa oleh ayah adam dan ibu adam ke Hospital Pakar Damansara untuk pemeriksaan bulanan. Berat badan adam ialah 5.5kg ( Naik 0.5kg dari bulan lepas). Oleh kerana terlalu ramai pesakit, Dari pukul 9 lebih hingga pukul 2 lebih baru sempat jumpa doktor. Kali ini adam disuntik dua kali sama seperti bulan lepas
.jpg)


0 comments:
Catat Ulasan