Selasa, 18 Disember 2007

Cknet mangsa di rumah baru

Hasrat ibu dan ayah adalah untuk memberi  keselesaan yang terbaik untuk Adam, dengan berpindah ke rumah baru.  Kononnya Adam akan ada bilik sendiri.  Ada ruang tamu yang agak luas untuk Adam merangkak  dan belajar berjalan.  Banyak lagi lah hasrat ayah dan ibu kepada rumah baru ini berbanding rumah lama di Taman Usaha Jaya. Namun harapan tinggal harapan  dan Adam menjadi mangsa keadaan.
 
Senja semalam tetiba ibu perasan, banyak bintik2 merah dikedua2 tangan Adam. Rasanya Adam kena gigit semut. Semut di rumah ini terlalu banyak dan dah tak terkawal lagi. Ibu dah cuba sapu mopiko dan harapnya bengkak ditangan Adam tidak melarat.  Untuk membancuh susu Adam juga perlu cukup berhati-hati sebab kadang kala, di muncung botol yang menyimpan air sejuk pun  ada semut yang menghurungnya.
 
Batuk Adam juga semacam tidak mahu sembuh.  Malam tadi semakin teruk. Cuma pagi tadi ayah buat kenyataan, kemungkinan Adam batuk sebab air. Sebelum ini air yang dimasak telah ditapis terlebih dahulu. Tetapi di rumah ini, water filter tersebut tidak dapat dipasang. Ibu dah komen kepada Syabas, bahawa kepala paip diluar tuh perlu ditukar, jika tidak kami tak dapat matikan air untuk buat sebarang kerja plumbing. Namun hingga kini masih belum ada tindakan oleh Syabas.  Akibatnya terpaksalah Adam minum air yang tidak bertapis.
 
Banyak betul dugaannya dengan rumah baru nih.  Sebulan nan lalu ibu tak sabar hendak berpindah ke rumah ini, tapi sekarang ibu dah tak sabar hendak pindah keluar dari rumah ini. Cuma ibu agak keberatan untuk bertanya kepada penyewa yang menyewa rumah ayah, bilakah mereka akan keluar dari rumah tersebut. Lepas ini, dah rumah sendiri. Sebarang masalah pastinya akan diatasi. Nak panggil kontraktor mana pun pastinya tak der sebarang masalah atau agak keberatan kerana dah namanya rumah, boleh buat apa sahaja.  Nak buat kitchen cabinet atau nak cat bilik Adam dengan lukisan2 macam tadika pun boleh.
 
Pagi nih, bukan sahaja Adam yang telah digigit. Ibu sendiri telah membawa semut2 tersebut di baju/tudung ibu. Tetiba jer ibu kena gigit didagu, dan bila dilihat, semutnya cukup kecil. Pastinya dia dah menumpang dari rumah ke pejabat nih.

0 comments:

Catat Ulasan