Rabu, 26 Disember 2007

Adam di majlis pernikahan dan khenduri kahwin


Selama 2 hari berturut-turut perjalanan hari Adam hampir sama. Waktu tengahari Adam dibawa ke rumah Tok Dy (bapa saudara ayah Adam) di Ara Damansara. Selepas menjamu selera, bertolak pula ke rumah pengantin perempuan di Kelana Jaya, untuk majlis pernikahan pada hari isnin dan untuk majlis khenduri kahwin pada hari selasa. Ibu tak bermaksud untuk beri sebarang komen tentang majlis tersebut, cuma segala kepincangan yang berlaku dijadikan sempadan agar tidak mengulangi di masa akan datang.

Pada hari yang pertama, sebab tidak ramai orang cuma ada 2 keluarga sahaja, termasuk ayah dan 2 orang adik pengantin, Adam agak selesa. Dibaringkan atas toto diruang tamu, Adam buat kuak lentang sambil mulutnya bising memanggil2 orang untuk berbual dengannya. Apabila penat, Adam pun minum susunya dan akhirnya terlena sendirian ditengah ruang tamu. Tok Dy Adam tak habis2 memuji Adam, " Senangnya jaga anak orang nih, dah lah minum susu pun boleh pegang botol sendiri, nak tidur terus lena macam tuh jer, tak payah ditepuk2 atau dibuai" . Sebenarnya dia bandingkan dengan cucunya sendiri, Mamat yang tidak mahu pegang botol sendiri walaupun telah agak besar berbanding dengan Adam.



Letih minta botol susu

Akhirnya ... lena diulit mimpi indah



Walau bagaimanapun, pada hari khenduri kahwin, dengan tambahan keluarga dari Singapura, JB, keluarga mak ngah Adam, acu, uda dan bakal mak uda Adam, semua orang bergilir-gilir ingin mendukung Adam, hinggakan Adam tidak cukup tidur dan rehat. Baru Adam mula nak tidur dibahu ayah dirumah pengantin perempuan, dikejutkan dengan bunyi kompang pula. Sekali lagi Adam cuba tidur semula sewaktu Ayah sedang menjamu selera. Mungkin tidak selesa, Adam tidur tidak lama. Malah dalam kereta dan dirumah mak atok pun Adam tidak mahu tidur, mungkin sebab badan yang letih, asyik didukung sahaja.


Akibatnya bila balik kerumah, Adam agak meragam sikit, tak mahu minum, tak mahu dibuai atau tidur atas tilam. Sedangkan ibu dan ayah sama-sama dah keletihan dan tangan kedua-duanya dah bengkak kerana mendukung Adam. Selepas diberi makan nestum, badan dilap dan ditukarkan baju dan lampin, hampir pukul 12 tgh malam barulah Adam melelapkan mata.

0 comments:

Catat Ulasan