Hari nih, genap 3 minggu masuk ke rumah baru ini. Dan dalam masa 3 minggu ini juga 2 bakal pembeli telah datang melihat2 rumah ini bersama-sama 2 orang agen rumah yang berlainan. Campur dengan agen yang menyewakan rumah ini kepada kami, bermakna sekurang-kurangnya En Haris ini mempunyai 3 orang egen. Betapa terdesaknya beliau hendak menjual rumah ini, tanpa mempedulikan kebajikan orang yang menyewa didalam rumahnya. Dan minggu lepas juga 2 kali Adam dibawa ke wad kecemasan Hospital Damansara. Ini menunjukkan betapa tidak serasinya Adam dengan rumah yang baru ini. Cuma ibu berharap Adam dapat bertahan untuk beberapa hari jer lagi, sehingga penyewa rumah ayah keluar, lepas rumah tersebut dibersihkan, harapnya bolehlah Adam tinggal dengan selesa di Flat yang memang ayah beli untuk kita sekeluarga. Sebenarnya telah lama ibu meminta dan mak atok menyuruh ayah tinggal dirumah sendiri, cuma sebelum ini ayah agak keberatan untuk tinggal di flat, atas alasan selesa tinggal dirumah teres. Bila dah berlaku macam2 perkara seperti ini, barulah tergerak hati ayah untuk tinggal dirumah sendiri.
Walaupun ibu dan ayah Adam tidak percaya tentang feng sui tidak baik tentang rumah ini, tetapi memang ada 'sesuatu' dengan rumah ini. Pertamanya adalah semut kecil yang busuk yang cukup banyak merayap dirumah ini. Bukan sahaja bila jug bekas air yang manis dihurungnya, malah jug air masak untuk membancuh susu Adam juga dihurungnya. Selain daripada itu, singki2 di dalam bilik air juga bocor. Kalau dulu, rasa rumah milik sendiri, pastinya ayah dah ibu dah berbuat sesuatu dengan semut2 dan singki ini. Tetapi sekarang, kami cuma tunggu dan lihat sahaja. Tiba masanya nanti kami akan pindah ke rumah sendiri.
Ibu harap, apabila tinggal di rumah sendiri, bolehlah mula menyimpan semula. Ini kerana semua tabungan sebelum ini telah kosong. Awal tahun ini, kami mengosongkan tabung haji untuk membayar kos rawatan IVF. Dan hujung tahun ini pula mengosong bank islam untuk urusan penyewaan dan perpindahan ke rumah ini. Minggu lepas ada kawan ayah mempersoalkan tentang keputusan ayah mengambil Adam sebagai anak angkat. Beliau mengingatkan bahawa 3 tahun dahulu ayah begitu tegas tidak mahu mengambil anak angkat. Untuk makluman kawan yang berkenaan dan juga orang lain, jika ingin tahu, sebenarnya ibu dan ayah Adam telah habis usaha untuk mendapatkan anak kandung. Dari usaha yang semurah2nya iaitu berurut tradisional, samada di Perak atau Johor, hinggalah semahal-mahalnya, itu bayi tabung uji atau ringkasnya IVF yang telah menelan belanja Rm12 ribu lebih.
Coretan procedure rawatan dan segala kisah suka duka rawatan IVF tersebut bolehlah dibaca di blog ibu adam.
http://zakiahz.blogspot.com/search/label/Family%20-%20IVF


0 comments:
Catat Ulasan