Esok Ibu Adam akan mula bekerja semula setelah 2 minggu bercuti untuk menjaga Adam.Biasanya orang cuti bersalin 2 bulan, tapi sebab Adam anak istimewa, ibu cuma dapat cuti 2 minggu sahaja. Dan ibu berharap tidak timbul sebarang masalah berkaitan dengan cuti ibu ini.
Sewaktu bercuti, ibu sempat mencuri tidur waktu Adam sedang lena. Tapi kalau telah mula bekerja di pejabat, pastinya perkara itu mustahil. Oleh sebab itu, bermula malam semalam, ibu dan ayah telah bersetuju untuk bergilir-gilir tidur dan menjaga Adam. Ayah memilih shif awal malam, dimana ayah tidur lebih kurang pukul 9 malam. Selama ini ibu berjaga, menjaga Adam sambil membuat perkara-perkara lain yang sempat dan sesuai.Pukul 1 malam, ibu akan mengejutkan ayah untuk ayah pula mengambil giliran menjaga Adam dan ibu akan tidur dengan lenanya dibilik lain tanpa gangguan. Hari sabtu malam ahad kami telah cuba dan rasanya cara ini lebih berkesan, berbanding sama-sama tidur di sisi Adam, dan sama-sama terjaga setiap perut Adam perlu diisi ataupun lampinnya perlu ditukar.Publish Post
0 comments:
Catat Ulasan