Isnin, 30 Julai 2007

Masuk Minggu Yang Ke Tiga

Esok genap 2 minggu adam bersama kami. Esok juga umi adam mula bekerja. Dan esok juga bermula detik baru bagi adam tinggal bersendirian dengan nenek adam. Secara peribadi, ayah adam rasa keberatan nak tinggalkan adam dengan nenek dia sebab berdasarkan dua minggu yang lepas, ayah adam perhatikan neneak adam agak memanjakan sangat adam. Mungkin sebab adam cucunya yang pertama. So agak lebih sikit layanan dia.

Masa agak suntuk juga untuk ayah dan umi adam mencari babysitter dan adam pula terlalu muda untuk dimasukkan ke nusery. Dengar dengar nenek adam dah tak sabar nak balik ke kampung. Mungkin sebab rasa tak selesa tinggal dibandar aau mungkin rasa tak puas hati dengan ayah adam yang selalu masuk campur dalam penjagaan adam. Apa pun, kami perlu mencari babysitter secepat mungkin dan perlu mengisi borang untuk memasukkan adam ke dalam nusery.

Dah dua malam kami mengamalkan sistem syif penjagaan adam. Pukul 8.00 mlm hingga pukul 1.00 am, syif umi adam, semntara ayah adam tidur dengan lenanya di atas tilam yang empuk sementara umi adam akan menjaga segala keperluan adam. Pukul 1.00 am hingga pukul 5.00 am syif ayah adam pula menjaga adam. Sementara umi adam tidur.

0 comments:

Catat Ulasan