Selasa, 24 Julai 2007

Catatan Seminggu berlalu

Catatan Seminggu

Pejam celik dah seminggu Adam Harith tinggal bersama kami. Banyak perkara yang telah berlaku dalam seminggu. Ada yang sempat saya ceritakan dalam blog Adam Harith ini dan ada sesetengah perkara yang tidak mampu untuk ditaip dan dihantar ke blog. Apa pun syukur Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dan doa kami semoga semuanya akan terus berjalan dengan penuh keberkatan dan keredhaan dari Allah swt.

Dalam masa seminggu, kami memerhatikan jenis susu yang sesuai dengan Adam Harith, lampin pakai buang, keadaan rumah dan suasana serta beberapa faktor lain yang akan membentuk suasana persekitaran pembesaran Adam Harith. Alhamdulillah, susu yang digunakan (Laktogen) dan Lampin pakai buang serta bedak dan syampu bersesuaian dengan Adam Harith. Tiada kesan ruam mahu pun masalah terhadap diri Adam.

Untuk pengetahuan, kami dibantu oleh ibu mertua saya dalam hal ehwal nasihat penjagaan Adam. Seringkali terdapat konflik di antara saya dan ibu mertua saya tentang penjagaan Adam.Seolah olah kami berebut untuk menjaga Adam. Masing masing ada SOP tersendiri yang hendak diikuti. Saya nak begini dan dia nak begitu. Akhirnya saya mengalah saja sebagai tanda hormat. Apa pun dia banyak membantu kami.

Contoh konflik berlaku semalam. Semalam hari hujan, so saya rasakan tak perlu mandikan Adam sebab sejuk. Saya ingat nak biarkan Adam tidur hingga tengah hari. Tetiba jam 11 pagi, mak mertua saya kejutkan Adam dan memandikan Adam. Nak buat macam mana. Beberapa hari sebelum tu, saya tidurkan Adam agak awal, lepas Isyak, Adam dah nyenyak tidur, tetiba mak mertua saya bangun dan mengejutkan Adam. Maka Adam bila dah terjaga, pukul 1.30 pagi baru lelap. So yang menjaganya .. siapa lagi saya dan isterilah.



Apa pun juga, saya faham. Cucu pertama. Begitulah. So saya akan terus mengalah sekiranya terdapat konflik. Tidak mahu bertegas sangat sehingga saya rasakan perlu. Buat masa ini, sekiranya saya rasa tension sangat, kedai mamak teh tarik satu untuk sejukan hati :P
Hari ini Adam akan dibawa ke Klinik Kesihatan untuk ditimbang. Dan Jumaat ini adam ada appointment di Hospital KL untuk follow up minor operation di usus. Didoakan semoga semuanya baik.


0 comments:

Catat Ulasan