Selesai segala urusan pengambilan Adam Harith sebagai anak angkat, kami bawa Adam Harith pulang ke rumah. Segala barangan untuk adam harith telah kami sediakan. Baju, seluar, botol susu, susu, lampin dan senarainya berterusan. Setelah kami mencapai keputusan bersama untuk mengambil Adam Harith sebagai anak angkat pada 10 Julai 2007, kami mula bershopping. Oleh kerana pengalaman yang kurang, dan hanya berdasarkan senarai yang diberikan oleh rakan sekerja saya, ada barangan yang tercicir dari senarai. Bagi ibu yang mengandung, mereka mempunyai 9 bulan untuk merancang pembelian sementara kami hanya mempunyai beberapa hari untuk menyediakan segala atau sebahagian keperluan Adam Harith.
11 Julai 2007 – Beli Baju baby, peralatan mandi dan barangan membersih diri.
13 Julai 2007 – Survey Scroller, car seat, dan katil baby
15 Julai 2007 – Beli katil dan car seat @ carrier.
Balik dari Penajat RS di Tmn Melawati, kami singgah di rumah mak ku untuk memperkenalkan Adam Harith pada neneknya. Kemudian terus pulang ke rumah. Mak mertuaku dah sedia menyambut kehadiran Adam Harith sebagai cucunya.
Perkara pertama yang aku belajar dari Adam Harith ialah tangisan dia. Apabila Adam Harith terjaga dari tidur, dia mula menangis. Pada mulanya kami ingat dia haus. Kami bagi susu pada Adam Harith namun dia menolak botol susu diberikan. Mungkin puting tak sesuai atau botol terlalu besar, cetusan hatiku, lalu aku ke kedai World of Baby untuk beli botol susu yang kecil sedikit dan puting yang baru. Setelah ditukar dengan puting baru dan botol baru, namun Adam Harith masih lagi mengangis. Akhirnya, kami tersedar bahawa lampin Adam Harith telah berisi. Setelah selesai menukar lampin, Adam Harith kembali tersenyum dan mula menyusu serta berehat. Pengalaman pertama mengenal tangisan Adam Harith menandakan masa untuk menukar lampin dan masa untuk menyusu.
Sebelah petang masa Adam Harith dihabiskan dengan bermain, tidur dan merengek. Biasalah baby. Kami benar benar keletihan. Lepas Asar, Adam Harith mula meragam kembali. Puas kami memikirkan kenapa Adam Harith merengek. Namun jawapannya hanya diperolehi selepas Isyak, perut Adam Harith kembung. Maka sekali lagi aku bergegas ke farmasi berhampiran dengan rumahku, untuk membeli Gripe Water yang biasa ibuku berikan sekiranya perut adikku kembung dan puting kosong. Setelah meminumnya sedikit, Adam Harith kembali ceria dengan menyonyot puting kosong.
Sebelam malam hingga ke pagi, entah beberapa kali Adam Harith merengek, aku cuma mampu untuk menggoncangkan katil yang seakan akan membuai. Sekali lampin Adam Harith ditukar oleh isteriku dan aku pula dah terlalu letih untuk bangun.


2 comments:
Sis, he's perfect.. Subhanallah, Alhamdulillah.. He's fortunate dpt ibu n ayah yg menyayangi dia.. Nak nangis rasanya tgk dia..
baby boy mmg selalu perut kembung, klu dia meragam letak perut dia atas peha kita sambil bersila n usap2 belakang dia/massage.. welcome to sleepless nights.. :))
watch his stools too.. klu keras pun dia akan meragam.. if ur formula milk is iron enrich and he end up meragam try yg without iron fortified.. mcm lactogen/enfalac.. mamex mmg terkenal dgn heatiness.. i heard nan also byk angin.. however all this trial n error.. diff baby to baby.. mmg duit byk habis sket.. itu je petua yg i ingat.. for more info, go to www.babycenter.com..
Catat Ulasan