Selasa, 24 Julai 2007

Adam Harith Selepas Seminggu.

Hari ini genap seminggu Adam Harith bersama ayah dan ibu baru. Hari nih Adam ke Klinik dekat rumah untuk timbang berat badan dan panjang. Semua baby lain datang dengan ibu dan ayah masing2, tapi Adam Harith datang dgn ibu dan nenek. Mungkin sebab ibu baby lain, semua dalam pantang, tapi ibu Adam Harith bulan sahaja tidak dalam pantang, malah mampu bawa kereta :)

Selepas pendaftaran, sementara menunggu giliran, ibu dan nenek Adam Harith memerhatikan semua baby yang dipanggil. Alamak, kena bogelkan ker untuk timbang berat. Kesiannya dia, sejuknya dia. Malah ada juga yang membuktikan kejantanannya dengan memeberi hadiah istimewa kepada ibu mereka. Dan kebisingan semua orang ketawa, rengekan baby yang kesejukan dibogelkan, jerit pekit kanak-kanak lain yang menyebok, Adam Harith begitu lena diulit intan.

Cuma bila tiba gilirannya untuk ditimbang, barulah dia menangis. Apa taknya, Sudahlah tidurnya diganggu, tetiba seluruh pakaiannya dilucutkan, yang tinggal Cuma pampersnya sahaja yang dibuka di atas penimbang. Selepas ditimbang dan segala ukuran diambil, apabila dipakaikan semula pakaiannya, Adam Harith menyambung semula mimpinya yang terganggu tadi.

Tiba giliran Adam Harith bertemu doktor. Masa doktor buka baju dan periksa dadanya, dia senyum jer. Bila doktor buka pampersnya untuk melihat perut, hampir2 doktor perempuan muda itu mendapat hadiah istimewa dari Adam, kalau tak doktor tersebut cepat bertindak,menutup semula pampersnya J Hebat anak ibu..

Doktor kata walaupun beratnya tak berapa naik, tapi itu dianggap normal dengan sejarah perubatannya yang telah menjalani pembedahan di HKL selepas dilahirkan. Malangnya Adam Harith masih terlalu kecil, maka ubat batuk pun tidak boleh diberi, so tengok jer lah setiap kali dia batuk, disamping berdoa semoga batuknya cepat sembuh.

Masuk jer kedalam kereta, Adam menyambung tidurnya hinggalah sampai kerumah, dan bersedia untuk merengek dimalam hari nanti.. Anak Ibu :)

0 comments:

Catat Ulasan