Khamis, 26 Julai 2007

Adam masih lagi kembung ..

Alhamdulillah perut adam semakin baik. Kembung tetap ada tapi sekarang nie dalam proses rawatan dengan air gripe water dan sapuan minyak kayu putih. Insya Allah dengan doa dan usaha, adam akan sembuh. Malam tadi Umi adam agak panic seketika kerana dah dekat pukul 1, adam masih tidak mahu tidur. Merengek dan terus merengek. Ayah adam tidur awal. Dah 2 hari ayah adam balik agak lewat kerana terdapat mesyuarat di luar USJ. Lepas Isyak terus terlelap dan tak sedar apa yang berlaku.

Pukul 1.00 pg lebih sedikit kot ayah adam terjaga. Kelihatan umi adam dalam keadaan letih dan tak bermaya sambil memangku adam. Adam masih lagi merenget. Ayah adam mengambil adam dari pangkuan umi adam dan terus membogelkan adam. Bukanlah bogel terus tapi sekadara membuka baju dan barut dia. Setelah pemeriksaan ala ala doktor gitu atau mungkin juga pemukul gendang sebab perut adam memang berbunyi. Sah dan sahih perutnya kembung sedikit. Setelah diberikan gripe water dan perut disapu dengan minyak kayu putih ( termasuk pusatnya) Adam senyap seketika. Kedengaran Adam melepaskan angin :P.

Beberapa ketika, adam menguap dan matanya kelihatan begitu kuyu. :) seperti biasa ayah adam menyerahkan pada umi adam untuk menidurkan dia di dalam playpen. Dipasang kelambu dan akhirnya Ayah adam pun terlelap ..

Pagi tadi pukul 5 pagi adam kembali merengek. Lampin tak perlu diganti. Perut pun taklah berbunyi kuat. Setelah diberikan susu pun masih lagi merengek. Tapi setelah disapu perut dengan minyak kayu putih dan diselimutkan .. adam kembali tidur.

Esok adam ada appointment dengan doktor diHospital Kuala Lumpur. Ayah adam akan bercuti menghantar adam dan umi adam ke sana. Nampaknya kena keluar awal sikit sebab biasalah KL , tentu jem teruk. Apa pun bersediaan awal tetap nak kena buat. Air panas dan suam, susu, minyak dan sedikit baju perlu di bawa. Tentu lama menunggu nanti. Oh ya yang paling penting dokumen adam. Takut kalau ada sebarang masalah. Itu untuk adam, untuk ayah adam hehehe .. tentunya keropok dan air kopi ... serta biskut ..

Entah mengapa semenjak ada adam, ayah adam berselera untuk makan. Bukan sedikit tetapi banyak. Tak tahulah kenapa.

0 comments:

Catat Ulasan