Alhamdulillah, semalam adam ada appointment di Institut pediatrik Hospital Kuala Lumpur. Setelah 3 kali pusing untuk cari parking akhirnya ayah adam turunkan adam dan umi adam di hadapan Institut tersebut. Sementara ayah adam mencari parking. Dengan mengambil risiko kereta kena saman atau ditunda, ayah adam parking kereta di tepi jalan dan memastikan bahawa kereta tersebut tidak mengganggu pengguna jalan lain.
Setelah bertemu dengan umi adam dan adam, seperti yang dijangka, adam kelihatan lena terlelap. Mungkin sebab persekitaran yang sejuk ber"air cond" maka matanya mudah untuk dilelapkan. Seperti biasalah dihospital kerajaan, appointment pukul 10.30 pagi, daftar pukul 10.15 pagi, angka giliran nombor 14. Pukul 10.30 pagi baru pemegang nombor satu dipanggil.
Sebenarnya kami tak tahu kenapa adam dibedah sewaktu kelahiran dahulu. Pertemuan dengan doktor adalah peluang yang amat dinanti untuk mendapat penjelasan klinikal. Debaran menanti nombor 14 dipaparkan. Hampir pukul 12 baru dapat bertemu dengan doktor. Luka pada badan adam semakin baik, cuma berat badan adam lambat bertambah. Banyak soalan yang kami tanya terutama tentang pembedahan adam. Menurut doktor adam dilahirkan dengan saluran ke usus terputus. Jadi doktor membedahnya untuk menyambung kembali saluran tersebut. Pembedahan berjalan dengan baik dan temujanji seterusnya ditetapkan pada 24 ogos 2007.
Sampai rumah dah dekat pukul 1.00 tgh. Alhamdulillah, ayah adam sempat untuk bersolat jumaat. Takut juga sebenarnya, maklumlah KL nie terkenal dengan jem. Apa tah lagi waktu tgh hari dihari jumaat dijalan Tun Razak. Malam sama seperti malam amalm sebelumnya, pukul 12.00 mlm dia terjaga untuk minum then tidur pukul dekat pukul 1. Pukul 4.30 pagi bangun minum dan kembali tidur pukul 5.30 pagi.
Pagi sabtu, pukul 8 lebih ayah adam dah ke kedai Hj Abu untuk beli roti canai dan teh tarik. Lepas tu ayah adam bertemu dengan doktor. Mengadu sakit badan dan keletihan serta kepenatan. Menurut doktor, biaslah bila ada anak kecil :P
Tender oh tender
16 tahun yang lalu


1 comments:
Assamualaikum,
Cuba setiap lepas mandi sapu perut, belakang badan n keting kaki dengan minyak yuyi.Selalu minyak yuyi ni payah la anak2 nak kembung.Insyaallah..
Catat Ulasan