Isnin, 16 Julai 2007

Adam Hari Pertama

Penat, letih dan apa juga yang seerti denganya namun kepuasan memang terasa. Tiada perkataan sebenarnya yang dapat menjelaskan bagaimana perasaan menjadi seorang ayah. Kalau teringat kembali, pada hari Isnin 9hb Julai 2007, Pn Rasmawati menelefon saya untuk bertanya sekiranya masih berminat untuk mengambil anak angkat dan sekiranya masih berminat, bolehlah menetapkan masa untuk bertemu dengan bayi tersebut. Agak terkejut dengan makluman tersebut, lantas aku menghubungi isteriku untuk berbincang mengenai perkara tersebut.

Malam itu juga kami pergi melihat anak tersebut. 2 hari kemudian, kami bersetuju untuk menerima anak tersebut, dan memberikan Adam Harith sebagai namanya.

1 Jun 2007 kami ditemuduga oleh Pn Rosmawati berkenaan permohonan kami untuk mendapatkan anak angkat. Hari ini, 16 Jul. 07 bersamaan 1 Rejab 1407 H, selepas menandatangani surat penerimaan di hadapan pesuruhjaya sumpah, beberapa urusan dokumen yang lain, tepat pukul 10 pagi, Adam Harith sah menjadi anak angkat kami dari segi undang-undang. Cuma satu langkah lagi yang perlu dilaksanakan untuk menjadinya sah dari segi islam, iaitu dengan menjadikannya anak susuan. Temujanji telah dibuat dengan Sister Marjina Consultant Penyusuan dari Hospital Pusrawi. Semoga impian kami untuk menjadikan Adam Harith sebagai anak susuan tercapai, Insya-Allah.

0 comments:

Catat Ulasan