Jumaat, 27 Julai 2007

Adam Kini Sebulan - Penyusuan

Hari pertama Adam sampai dirumah, ibu cuba memberikan Adam susu mengikut sukatan yang disyorkan, iaitu 4 sudu 120 ml, dan 5 kali penyusuan. Tetapi Adam hanya mampu menghabiskan 40ml sahaja setiap kali menyusu dan menangis kelaparan semula kira-kira 2 jam selepas itu. Semenjak itu, ibu cuba mengikut kemampuan Adam menyusu.

Masuk minggu kedua, dan selepas balik dari klinik, bila doktor menyatakan pertambahan berat Adam agak kurang dari sepatutnya, ibu cuba untuk memberi Adam lebih makan. Masuk hari rabu, Adam mula menunjukkan tanda-tanda bahawa 40 ml setiap kali penyusuan adalah tidak mencukupi, tapi ibu masih belum faham.

Hari khamis, baru ibu faham isyarat dan tanda-tanda Adam masih lagi lapar. Selepas habis 40ml, bila Adam masih menangis dan bila puting kosong disumbatkan kemulut, kepala Adam akan tergeleng-geleng beberapa kali. Kemudian Adam akan membuang puting kosong itu setelah kecewa bila puting itu tidak memberikan sebarang susu yang diharapkan. Memahami keadaan yang berlaku, ibu membancuh semula 40ml susu dan biasanya Adam cuma mampu menghabiskan separuh daripadanya.

Bermula hari khamis malam jumaat, sukatan susu Adam telah bertambah iaitu 2 sudu untuk 60 ml air, dan nampaknya Adam cukup lena tidur untuk selama 2 jam, sebelum terjaga semula bila perut terasa lapar. Yang utama, selepas beberapa jam, perut Adam juga disapu dengan minyak kayu putih untuk menghilangkan kembung perut. Alhamdulillah malam nih Adam tidak lagi merengek sangat seperti malam-malam sebelumnya.

Ibu terasa bangga sendiri kerana semakin memahami karenah dan kemampuan Adam.

0 comments:

Catat Ulasan