Hari ini ayah adam bangun lewat lagi. Azan subuh dah lama kedengaran tapi badan memang tidak larat untuk bangun bersolat subuh berjemaah di surau. Apa tak nya. Ayah adam tidur pukul 4.30 pg setelah terjaga pukul 3.00 pg. Melayan karenah adam.
Semalam lepas maghrib ayah adam ke pasaraya untuk beli dyeper wee wee-s (RM 28.10) , susu lactogen 1 kg (RM18.29) dan Baby Wipes (RM9.20) . Jumlah keseluruhan RM 55.59 untuk 3 barang. Balik dari pasaraya, adam dah tidur. Sempatlah tengok cerita CSI di Astro AXN.
Namun pukul 11 lebih adam mula terjaga dan merengek. Masa tu umi adam melayan adam sementara ayah adam melelapkan mata di ruang tamu. Letih kerja dan memandu. Ayah adam terjaga lebih kurang pukul 12.30 tgh mlm. Adam masih lagi merengek dan ibu adam kelihatan sungguh keletihan. Ayah adam bertanya pada umi adam, dah disusukan ke ? Jawapan ringkas diberi, dah. Dalam hati tertanya Tanya kenapa adam begini. Dah beberapa malam adam akan merengek selepas isyak hingga ke pukul 1.30 pg. Mesti ada yang tak kena.
Pada mulanya ayah adam merungut juga. Siang adam dibiarkan tidur sepatutnya adam tidak dibiarkan tidur siang agar malam dia keletihan dan bolehlah tidur dengan nyeyak, walau bangimana pun ayah adam mengambil alih tugas umi adam yang memang dah keletihan. Dipangkunya adam sambil menepuk belakang adam dengan jari. Mata adam telah kuyu. Beberapa kali adam menguap. Adam memang dah mengantuk tapi kenapa dia bila diletakkan ke dalam playpen dia, adam akan kembali merengek.
Ketika adam hendak diletakkan di atas tilam, umi adam memeriksa lampin adam dan lampin adam perlu diganti. Dalam hati ayah adam, mungkin sebab itu kot. Tapi setelah diganti, adam tidur seketika namun kembali merengek kembali setelah beberapa minit terlelap.
Kali ini ayah adam menepuk perut adam. Bunyi macam tong kosong. Adam kembung perut. Patutlah dia merengek. Rasa tak selesa. Selepas diberikan gripe water, adam kembali senyap dan mula menguap. Ketika diletakkan ke dalam play pen dia, adam dah pun dibuai mimpi dengan alunan lagu The Lion Sleep Tonight..
Pukul 3.00 pagi, adam kembali merengek. Ibu adam memang dah tak larat nak bangun. So ayah adamlah kena melayan adam. Ketka itu sempat juga search di google, tajuk bayi kembung perut. Ayah adam clik pada
http://www.salindah.com/farmasianis/baby%20wind.htm .
Dalam web site tersebut ada dimaklumkan tentang masalah kembung perut. Yang pasti adam bukan alah pada susu. Tapi cara penyusuan. Adam menggunakan botol susu khas yang menggunakan tiub dari botol ke nipple umi adam. Dan bila adam mengisap nipple umi adam dan susu akan mengalir dalam tiub yang terlekat pada nipple umi adam ke dalam mulut adam. Dalam tiub tersebut terdapat udara yang terperangkap. Begitu juga ketika menyusu botol, seringkali botol tidak disengetkan dengan betul. Susu perlu memenuhi ruang puting.
Pukul 4.00 pagi ayah adam kejutkan umi adam untuk dilecture tentang topic kembung perut. Jelas adam memang kembung perut. Setelah perut disapu wick dan diberikan gripe water, adam kembali menguap dan terlena. Sebelum tidur kembali, sempat ayah adam menjeling jam, 4.30 pg... Dengan pesan pada umi adam, esok kita beli minyak telon ...
0 comments:
Catat Ulasan