Jumaat, 20 Julai 2007

Pertemuan dengan Sister Marjina dari Pusrawi

Semalam my wife dengan adam bertemu dengan Sister Marjina dari PUSRAWI. Alhamdulillah dah bertemu dengan beliau kerana semenjak Sister keluar dalam majalah dan TV terlalu ramai yang menghubungi beliau untuk bertemu dengan beliau mendapatkan bimbingan penyusuan bayi.

Kami bertemudengan beliau pukul 3.30 pm. Dan beliau memberi peralatan bantuan penyusuan di mana botol susu digantung dileher dan terdapat tiub dari botol ke nipple. Baby akan menghisap nipple bersama tiub dan susu akan disalurkan melalui tiub. Ini akan membiasakan nipple dalam suasana dinyonyot oleh adam dan signal akan dihantar melalui saraf ke otak untuk mengeluarkan susu.

Selain itu my wife kena ambil ubat untuk membantu memberikan ransangan ke otak melalui salur darah. Dengan pelbagai bantuan ini, didoakan my wife akan dapat mengeluarkan susu yang dapat diminum oleh Adam.


Sebelah malam, Adam mengamuk dan merengek. Menangis saja. Lampin Adam kering, diberi susu, dia akan minum sedikit demi sedikit tapi bila sicabut nipple dia terus menangis. Pada pandangan kami mungkin dilapar tapi setelah beberapa jam, adam masih lagi mahu menyusu dan merenget bila tak dapat susu menyebabkan kami terfikir kembali. Mungkin ada sebab lain yang menyebabkan adam menangis. Ada perkara lain yang ingin adam sampaikan.


Mungkin adam panas so saya masukkan adam ke dalam kereta dan hidupkan air cond, namun setelah 10 minit, adam masih lagi merengek dan sesekali menangis. My wife dah tak larat nak menyusukan adam lagi. Jam dah menunjukkan pukul 12.30 pagi. terlintas dalam fikiran saya sama ada mungkinkah perut adam tak selesa. Mungkin dia kembung perut atau sakit perut.

Saya minta my wife berikan gripe water dan sapukan perut adam dengan vick vaper. Beberapa minit kemudian, adam mula senyap. Dan kedengaran kentut adam yang agak kuat. Beberapa siri kentutan adam yang akhirnya dia kembali merengek. Saya dan isteri berpandangan antara satu sama lain. Kami mengagak yang tentunya lampin adam perlu digantikan. Tepat telahan kami, selepas lampin adam ditukar, dia kembali tersenyum dan menguap. Tanda yang kami tunggukan. Dengan tanpa dibedong, saya riba si adam sehingga terlelap dan letakkan di dalam playpen.

Pukul 1.30 adam baru terlelap. Dan pagi ini pukul 5.30 am adam terjaga. Seriusly saya tak tahu sama ada adam merengek, terjaga atau tidak pagi tadi. Seharian dan semalaman yang penuh dengan pembelajaran dan cabaran sebagai seorang ayah dan seorang ibu. Segala yang berlaku mengajar kami erti kesabaran dan ketabahan.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

well done2.. i dunno how u two manage.. i was helped by my mother in law.. so, salute to both of u coz PASS 1st week..

I hope ur wife pun dapat breastfeed adam.. Aminn.. and it's commendable that both of u take this very seriously.. sampai jumpa lactation expert.. Alhamdulillah.. future adam sgt cerah

Catat Ulasan