Perjalan pertama ialah ke Pertama Complex. Seterusnya ke Wisma Yakin dengan menaiki LRT Star. Ini adalah pengalaman pertama Adam Harith berjalan jalan di Kuala Lumpur dan pertama kali menaiki LRT Star.
Dari Wisma Yakin, kami ke kedai SyahJaya untukmencari baju raya adam harith. Alhamdulillah, dapat sepasang untuk adam harith dan sepasang untuk ayah adam. Misi pertama acara shopping raya 2008 telah dapat disempurnakan dan seterusnya misi ke dua untuk mencari baju ibu adam yang maching dengan baju adam dan ayah adam.
Maka untuk menyelesaikan misi ke dua ini, kami pun berjalan dari Wisma Yakin ke Wisma Bumi Raya. Perjalanan yang amat mencabar dan penuh dengan dugaan. Apa tidaknya, tahun ini berat adam hari 7.5 kg dan ayah adam, berberat 120 kg mendukong adam harith. Jumlah berat keseluruhan ayah adam hari itu ialah 127.5kg.
Dari satu kedai ke satu kedai namun menghampakan. Penat dan letih serta kehausan memang benar benar menguji keimanan namun tentunya ibu adam lagi frust sekiranya tidak dapat mencari baju yang sedondong dengan anak kesayanganya serta suami tersayang. Setelah beberapa kedai di keluar masuk, akhirnya sampai ke satu kedai, ayah adam terpandang baju kebaya yang cantik. Ketika ibu adam sedang memilih baju, ayah adam pun mencadangkan kepada ibu adam .. kenapa tidak baju kebaya?
Ibu adam memang dah semakin anggun dan kurus heheh. So bolehlah memakai baju kebaya. Alhamdulilah setelah dibayar, maka berjalan pulanglah kami ke Wisma Bumi Raya dan seterusnya ke Tesco untuk membeli bahan bahan membuat mee kari.
Album Photo Shopping Raya 2008