Isnin, 15 September 2008

Lawatan Ke Rumah Nurul Iman, Manjoi, Perak

Alhamdulillah .. Dapat juga ayah adam menyertai Lawatan Ke Rumah
Nurul Iman, Manjoi, Perak. Dah lama ayah adam ingin menyertainya namun
oleh kerana pelbagai urusan lain menjadi penghalang. Alhamdulillah,
ayah adam diizinkan untuk menyertai rombongan tersebut. Ayah adam ada
merakamkan perjalanan tersebut namun masih belum berkesempatan
memproses video yang diambil. Insya Allah, ayah adam akan menghasilkan
VCD /DVD untuk menjadi satu kenangan buat ayah adam dan Yayasan
Pembangunan Nurhikmah dan SIM.


Email dari Presiden SIM


----- Original Message ----
From: presidensim <presidensim@yahoo.com>
To: SahabatInteraktif@yahoogroups.com
Sent: Sunday, September 14, 2008 10:25:33 AM
Subject: [sim] INFO : Lawatan Ke Rumah Nurul Iman, Manjoi, Perak

Assalamu'alaikum wr. wb. Warga SIM,

Alhamdulillah, tepat jam 1.00 pagi 14 Sept 2008, rombongan ziarah ke
rumah Nurul Iman, Manjoi telah bertolak dari R&R Jejantas Sg Buloh.
Rombongan yang disertai lebih kurang 30 orang ahli dari pelbagai pihak
dengan menaiki 6 buah kenderaan telah tiba ke destinasi sekitar 3:45
pagi. Rombongan disambut dengan titisan hujan renyai-renyai.

Jamuan sahur telah disediakan oleh Mangkuktingkat. com yang ditaja
oleh Yayasan Pembangunan Nur Hikmah. Peserta lain, terdiri dari
beberapa ahli SIM (yang saya ingat Sdr. Suhaidi, kalau tak salah saya
Water Lili bersama 3 orang sahabat beliau, beberapa orang Exco SIM)
Presiden YPN bersama isteri dan anak, ahli-ahli kelab sukan dan
kebajikan Nipon Express, anakperlis.com dan beberapa orang
perseorangan, turut memberikan sumbangan dalam pelbagai bentuk.

Amat menghibakan apabila beberapa peserta rombongan (lelaki dan
wanita) menitiskan airmata pada saat hendak berpisah dengan
penghuni-penghuni rumah berkenaan. InsyaAllah, usaha-usaha sebegini
akan diteruskan sebagai kesinambungan Aktiviti Ziarah Ramadhan yang
telah dilaksanakan sejak penubuhan SIM.

Firman Allah SWT bermaksud,

"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh
kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada
Allah..." - Surah AliImran: 110

Semoga kita semua tergolong dalam golongan Khairun Ummah yang
disebutkan di dalam ayat di atas, insyaAllah, amiin

Hadanallah waiyakum ajma'in, Wabillahitaufiq walhidayah,
wassalamu'alaikum wr. wb.