Semalam, tempat ibu Adam mengadakan ceramah semperna wacana ke arah keunggulan D' Ramadhan. Nota tentang apa yang disampaikan boleh di rujuk di blog ibu Adam. Selepas ceramah, semua orang berebut2 mendapatkan tandatangan penceramah, iaitu Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah.
Ada juga yang bertanya tentang perangai dan cara mendidik anak berdasarkan nama dan tarikh lahir. Tidak kurang juga yang meminta Dr. memberikan kata2 perangsang untuk anak-anak mereka yang akan menghadapi peperiksaan. Akhir sekali baru Ibu Adam berpeluang bertanya tentang Adam.
Soalan1: Bagaimanakah cara untuk mendidik anak angkat
Jawapan : Sama seperti anak-anak kita yang lain, jangan dibezakan antara anak-anak walaupun ada yang anak angkat.
Soalan 2: Adakah anak angkat akan dipengaruhi oleh gen ibu dan bapa kandungnya.
Jawapan : Tidak sama sekali. Semuanya bergantung kepada didikan ibu dan bapa angkatnya. Jika gen mempengaruhi anak, bermakna Allah zalim terhadap hambanya. Jika bapanya seorang perompak, takkan anaknya akan menjadi seorang perompak juga. Maha suci Allah dari bersikap zalim.
Soalan 3: Bagaimanakah sikap dan perangainya berdasarkan nama dan tarikh lahirnya . Nama Adam Harith. Tarikh lahir 25/6
Jawapan : Adam nama nabi. Haris penjaga.(Kalau ikut buku Harith kuat berusaha- berbeza 'S' dan 'th'). Nama yang bagus. Budak nih bijak, cuma agak sensitif sikit.
Oh terima kasih Dato'. Memang dia terlalu sensitif. Pantang ditinggikan suara sikit, pastinya akan 'sujud syukur'. Maksudnya adam akan terus tunduk mencium lantai, dan perlahan-lahan barulah terdengar suaranya menangis. Kalau lambat dipujuk, suara yang perlahan tadi akan menjadi cukup nyaring. Entah dimanalah Adam belajar cara merajuk begitu.
Balik dari Taska, cikgu pun melaporkan perkara yang sama. Adam pandai bermain, tapi pantang silap sikit, pastinya merajuk. Ish, dugaan mendidik budak bijak nan sorang nih :)
Tender oh tender
16 tahun yang lalu

