Selasa, 9 September 2008

Perubahan ..

Perubahan terpaksa dibuat demi untuk mewujudkan eco system yang lebih baik. Begitu juga dengan ayah adam, ibu adam dan adam sendiri. Bermula awal ramadhan, ibu adam telah melakukan perubahan dengan bertolak awal dari rumah seawal pukul 6.30 pagi. Kemudian diikuti dengan perubahan tempat letak kereta ibu adam ke depan bangunan Medan Mara. Dan hari ini, ayah adam dan adam pula perlu berubah. Adam akan dihantar ke taska seawal pukul 6.45 pagi bagi memberi laluan untuk ayah adam datang kerja awal pagi.

Ayah adam perlu balik awal, iaitu sebelum pukul 6.45 petang untuk menyuntik mak atok dengan insulin. Perubahan ini perlu dilakukan memandangkan acu dah pun mula bekerja di Malaysia Science University di Shah Alam selain dari mengikuti program Ijazah Sarjana di Uitm Shah Alam. Sementara uda pula sangkut dalam jem. Oleh itu ayah adam perlu balik awal.

Semalam, pulang dari taska, adam terus tidur. Pukul 8 lebih baru terjaga. Sempat juga ayah adam bermain dengan adam dan anak patung adam. Lepas tu ayah adam tertidur. Badan rasa tak sedap. Menurut ibu adam sesekali adam menjenguk bilik tidur ayah adam. Ayah cuba memahami perasaan adam. Biasanya ayah akan bermain dengan adam. Ayah terjaga pukul 1 lebih. Nampaknya ayah adam telah dijangkit virus selsema dan batuk. Tanpa membuang masa, ayah terus kejutkan ibu adam dan pesan pada ibu adam yang ayah adam ke Hospital Pakar Damansara. Pukul 2 lebih baru ayah pulang ke rumah. Setelah makan ubat, ayah adam kembali
tidur.

Pukul 5, ibu adam kejutkan ayah adam. Kami bersahur dan lepas bersahur ibu adam menyediakan potongan daging ayam sementara ayah adam menyediakan potongan carrot, bayam dan bunga kobis. Potongan ayah direbus dalam periuk nasi elektrik dan di atasnya diletakan sayur sayuran yang ayah adam potong. Malam tadi ibu adam dah sediakan bubur
nasi yang dimasak dalam slow cooker. Bila sayuran dan potongan ayam dah masak, bahan tersebut di campur ke dalam bubur. Bau dia menyelerakan.