Jumaat, 12 September 2008

Buka puasa rumah mak atok

Petang semalam ayah adam balik awal. Lepas ambil adam dan ibu, kami terus ke rumah mak atok untuk turunkan ibu adam. Ibu adam perlu menyediakan juadah berbuka sementara ayah adam dan adam ke pasar ramadhan.  Balik dari pasar ramadhan adam terlena. Hingga waktu berbuka puasa. 

Adam dapat hadiah dari mak atok. Sehelai baju melayu. Heheh gambarnya kena tunggu hari rayalah baru boleh dikemaskini. Kami berbuka puasa dan berehat sambil bersantai di rumah mak atok dengan acu.  

Pagi tadi ayah dan ibu adam sediakan juadah khas untuk adam. Bubur nasi ditabur dengan lobak merah, sayur kangkung dan ayam yang direbus.