Selasa, 9 September 2008

Fwd: Jumpa geng lama

Semenjak pindah ke rumah sendiri, Ibu Adam telah masukkan 'kawan2 Adam' iaitu Spongebob, Prince dan Princess ke dalam kotak. Bukannya  apa, sebab tak nak rumah semak sangat. Terlalu simpan hingga terlupa untuk keluarkan. Petang semalam, Adam terlalu mengantuk waktu di ambil dari Taska. Sampai rumah, dapat 1 botol susu, terus terlena hingga pukul 8.30 malam. Bila ayah dah ibu nak berehat, Adam pula dah jaga dan mengajak bermain.

Bila lihat jer 'kawan2 lamanya' Adam ketawa girang. Bukan main suka  lagi dia. Boleh salam dgn Spongebob dan juga 'sayang' adik, prince dan juga princess.