Rabu, 17 September 2008

Ayah adam menari nari di dapur

Hari ini cuti umum bagi negeri selangor sempena nuzul Quran.  Malam tadi mak atok bekalkan lauk berpuasa. Lepas solat terawikh ayah adam singgah ke rumah mak atok. Jadi pagi tadi boleh lah bangun lewat sedikit. Pukul 5 baru bersahur. Pukul 6.30 ibu adam dah bersiap ke pejabat sementara ayah adam masih lagi di mengadap komputer mengemas kini blog adam.  Sedar sedar dah pukul 7.30 pagi apabila adam terjaga dan menangis. 

Aduh,  baru teringat.  Makanan adam belum disediakan. Yang dah dimasak hanya bubur kosong oleh ibu adam malam tadi. Adam pula dah bangun.  Jadi ayah adam pun menari rentak seribu. Ayah bancuh susu berikan pada adam. Ketika adam sedang minum, ayah memotong dan mengukus sayur sayuran (lobak merah, bayam dan brokoli), merebus ayam. Seperti biasa setelah kehabisan susu, adam mula merengek. Ayah letakkan di dalam walker maka menangis bagaikan irama mengiringi tarian ayah adam di dapur. Ketika dalam dukongan ayah adam, tersedu dan termuntah sedikit. Kena baju ayah adam. 

Aduh,  nak kena mandikan adam. Sementara adam di dalam walker dan mengalunkan irama tangisan, ayah adam masak air panas, sediakan takungan air di bilik air.  Lepas tu, ayah campurkan sayur, ayam rebus ke dalam bubur adam, masukkan dalam tupperware, Tutup. Selesai satu. 

Sementara menunggu air masak,  ayah sediakan beg adam. Baju 3 helai, pampers 6 helai, ubat ubatan adam serta tuala adam.  Adam masih lagi mengalunkan irama tari. Dan ayah adam pula menari nari.  

Selesai satu perkara, beg adam. Air dah pun mendidih, takungan air dah pun penuh.  Maka apa lagi,  mandi time. Adan dibogelkan kemudian direndam dalam besen takungan air. Bukan main seronok main air. Air pula suam suam.  Entah berapa lama kami berada dalam bilik air namun sampai ketika adam keluar sendiri dari takungan air. Lalu dipakaikan lampin, baju setelah seluruh badan dilumurkan dengan losyen. 


Setelah selesai, baru ayah tersedar,  ayah masih berkain pelikat dan masih belum mandi. Sekali lagi adam diletakkan di dalam walker,  maka  lain pula kali ini iramanya.  Lebih kuat dan syahdu tangisannya. Ayah pula menari nari dalam bilik air.  Cuma beberapa minit, ayah telah pun sedia berpakaian dan mengutip beg adam, makanan adam dan akhirnya mendukong adam untuk ke taska.  Setelah turun lif, berjalan selama 5 minit akhirnya sampailah adam ke taska. 

Ayah adam rentak seribu, ketika adam mengalunkan irama tangisannya maka bernari narilah ayah adam  ..   

Ibu, ibu teringatkan sesuatu tak ???  Rentak seribu  ..