Selasa, 30 September 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429H

Malam tadi, telah diisytiharkan, bahawa Hari Raya telah ditetapkan pada 1 Oktober 2009 bersamaan 1 Syawal 1429H. Ayah Adam dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung Blog Adam Harith. Pastinya terdapat kesilapan dan kesalahan yang kami lakukan sewaktu mencatatkan cacatan di dalam blog Adam Harith ini.

Kami akui dan sedar bahawa tanggungjawab kami kepada Adam Harith terlalu besar. Tugas bukan sekadar membesarkan Adam Harith namun tugas mengajar dan mendidik Adam Harith adalah satu tugas yang perlu dilaksanakan dengan penuh rasa tanggungjawab agar Adam Harith menjadi seorang insan yang beriman, berilmu dan beramal soleh.

Terima kasih diucapkan kepada para pembaca yang sudi menegur dan memperbetulkan setiap kesalahan dan kesilapan kami. Jasa anda tidak dapat kami balas. Semoga Allah swt memberikan ganjaran setimpal dengan bakti anda.

Kami sekeluarga akan berada di Taman Usaha Jaya, rumah mak atuk pada hari raya pertama dan bertolak ke Taiping pada hari raya ke dua untuk beraya di rumah nenek Adam Harith. Doakan keselamatan kami sebagaimana kami mendoakan agar para pembaca sekalian juga selamat dalam apa juga yang dilakukan.

"Nyimpan jenang nang jero tin, ngesok arek digowo mareng suro, keluputan kulo lahir batin, salah silap njalok dingapuro." Mohamad Siss M Jamil - Ayah Adam

"Wadai kiping, kalakatar, Gegatas balungan hayam, kad raya kulir menghantar, ucapan gin jadiam.Tulak ka kadai tahaga kulaan,Betapeh hanyar kadak bagigik, jom pang kita barilaan, Kulukok kadak tahaga lagik." Zakiah Jakaria – Ibu Adam

"SELAMAT HARI RAYA. Dari kejauhan takbir bergema, menandakan Syawal telah pun menjelma, insan yang jauh terbayang di mata, namun yang dekat tidak dilupakan, hanya ucapan pengganti diri, menyampaikan Salam Aidilfitri, semoga akan berjumpa lagi, Ramadhan yang dirindukan. MAAF ZAHIR BATIN" Anakanda Adam Harith

Mohamad Siss M Jamil

Zakiah Jakaria

Adam Harith

1 Syawal 1429H

52100 Kuala Lumpur

0 comments:

Catat Ulasan