Alhamdulillah, ramadhan hadir lagi dan kami diberikan kesempatan untuk menemui ramadahn kali ini. Syukur Alhamdulillah. Ini kali ke dua kami menyambut ramadhan bersama Adam Harith. Memang berbeza dari tahu lepas kerana tahun ini lebih terancang dan berpuasa di tempat baru, rumah baru. Seperti biasa, sambutan menyambut ramadhan dimulakan dengan makan tengah hari bersama di rumah mak ngah adam bersama udan dan mak uda, acu dan mak atuk dan mak ngah sekeluarga. Dan sebelah malamnya dimeriahkan dengan terawikh di surau. Dan pada hari isnin, Ibu adam begitu sibuk mengemas rumah sementara adam dibawah pengawasan ayah adam. Sebelah malam, ayah adam turun isyak lambat, jadi tiada tempat untuk berterawikh. Tak apalah. Terawikh macam lumba lari. Bukan permulaan yang penting tapi pengakhirannya. 10 malam yang terakhir. Hari ini juga bermulalah ibu adam masuk kerja pukul 7.30 pagi. Kena keluar awal pagi. Selain itu, arahan dari taska adam agar menjemput adam pukul 6.00 petang.
.jpg)
Tolong ayah potong sayur
.jpg)
Siapa yang hensem ??? Ayah ke adam ?

Nantilah ayah .. adam tengah tengok video sambutan hari jadi adam di taska.
.jpg)
Cantik tak baju melayu adam nie. Ayah, mana sampingnya? Besar sangatlah ayah. Kena minta tolong mak atok kecilkan.
.jpg)
Hensemnya dia ...

Toy baru ... Yea yea ..
Telatah adam dengan baju melayunya.