Rabu, 17 September 2008

Murah rezeki ... Ayam Goreng

Petang semalam sewaktu ayah sedang memandu pulang ke rumah, ayah menerima satu mms dari ibu adam. Kandungan MMS:

Subjek: Ayah tolong...
Ibu marah Adam. Adam dah pecahkan bedak ibu. Mcm mana nak buat ni?


Ayah sebenarnya dah pun beli "Chicky Meal KFC" untuk adam. Kalau ikut hati, adam perlu didenda namun adam masih lagi kecil. Naluri anak kecil. Naluri ingin tahu dan naluri explorer. Tak kan nak dimarahi hanya kerana kesilapan kecil. Maka waktu berbuka, dapat juga adam menikmati ayam goreng. 




Ketika sedang menikmati juadah berbuka puasa, tiba tiba ayah terlihat telatah adam.  Cuba lihat video di bawah.
Video