Apabila bulan syaaban datang, bererti bulan ramadhan juga akan menyusul. Maka dibulan syaaban ini, ramai yang dah mula berlatih dan bertatih untuk berpuasa. Bagi wanita, maka bulan ini adalah bulan menggantikan puasa yang tertinggal tahun lepas. Keluarga ayah adam juga telah memulakan aktiviti latihan berpuasa. Bermula dari hari ini dan setiap isnin dan khamis, insya Allah akan bermula latihan berpuasa. Banyak aktiviti dan jadual yang telah dirancang.
Berdasarkan muzakarah ayah adam dan ibu adam maka sepakatnya, Isnin dan khamis akan berpuasa, ibu adam pula akan menaiki pengangkutan awam ( KTM Komuter ) dan ayah adam bertanggungjawap untuk memberikan sokongan moral dan apa juga bantuan yang boleh diberikan. Oleh kerana ibu adam menaiki komuter untuk ke tempat kerja, maka ibu adam perlu keluar rumah seawal 6.30 pagi. Bererti, ibu adam juga perlu bangun awal. Maka masa yang dicadangkan dan digunapakai ialah pukul 4.30 pg. Dah alang alang bangun awal, sarapan pagi (sahur) boleh disediakan dan seterusnya puasa boleh dilaksanakan.
Hari ini adam dihantar ke taska pukul 6.45 pagi. Rasanya adamlah yang paling awal ke taska. Nampaknya, adam dapat menerima kejutan yang dilakukan. Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberikan yang terbaik buat kami semua dan seluruh pembaca.
Tender oh tender
16 tahun yang lalu

