Selasa, 19 Ogos 2008

Ruam ... ??

Semalam ayah adam lihat adam berbeza sedikit. Muka adam penuh dengan bintik-bintik merah. Mungkin ruam, mungkin juga tidak. Dan menurut Pengetua Taska, Puan Rozita, adam agak meragam sedikit. Mungkin sebab nak tumbuh gigi taring.


Semalam ayah sampai di kawasan perumahan dalam pukul 6.30 ptg. Singgah mengeteh dulu. Pukul 7 lebih  baru ambil adam. Biasalah kisah dikedai kopi. Permatang pauh tetap hangat.  Setelah mengambil adam dari taska,  ayah adam hubungi ibu adam. Ibu adam dalam perjalanan pulang ke rumah. Ayah tengok dalam peti sejuk, lauk semalam masih ada lagi tapi tak ada sayur. Nak mengharapkan mangkuk tingkat rasanya lewat lagi. Jadi ayah letakan adam dan berikan toy sementara ayah adam masak sayur kobis dan carrot digoreng dan masak sepot nasi. Seronok tengok telatah adam melihat ayahnya masak.


Kebetulan ketika ibu adam sampai, sayur dan masak, nasi pun dah di dalam periuk nasi.  Ayah minta ibu adam jaga adam sementara ayah adam mandi dan bersolat maghrib.  Lepas tu ayah pula jaga adam sementara ibu mengurus diri dan bersolat.


Ayah adam mula berfikir, kenapa muka adam bintik merah. Masa adam minum susu soya benda yang sama berlaku. Adam makan apa yang jadi begini.  Seingat ayah, banyak benda yang dimakannya. Setelah beberapa lama termenung, baru ayah adam teringat. Puding telur. Adam tak boleh makan telur lagi. Itu sebabnya bintik merah timbul.


Pagi tadi, bintik merah semakin berkurangan. Ayah sapu losyen baby pada adam.  Harap harap petang ini, hilang terus bintik merah tersebut.  Di bawah ayah senarikan bahan bahan yang adam tak boleh makan:


1. Produk berasaskan kepada soya seperti susu soya dan tauhu

2. Telur ayam