.jpg)
Semalam ayah adam belikan adam kuih pau. Bukan main berselera betul adam makan kuih pau. Seronok tengok adam makan.
.jpg)
Disebutlah kisah setelah adam selesai makan pau, ayah adam bagi gula gula cokelat yang berbungkus kertas timah warna emas. Mula mula adam sekadar bermain dan sesekali cuba untuk memasukan cokelat tersebut ke dalam mulut namun dikeluarkan kembali setelah nampak ayah dan ibu menjeling. Lepa dari pandangan ayah dan ibu, adam cuba menggigit cokelat tersebut. Ibu terperanjat dan menjerit, dan ayah pun memberikan reaksi yang sama, maka menangislah adam. Mungkin sebab terkejut dan takut. Ayah adam perlu menunjukan kemarahan sementara ibu adam memujuk adam dan menjelaskan kepada adam kenapa adam ditengking dan dimarah. "Adam, ayah marah bukan kerana benci tapi kerana ayah sayang". Ayah adam perlu dihormati oleh adam kerana ketegasan dan bukan ditakuti kerana ayah suka marah.Malam tadi, ibu adam tidur lewat begitu juga dengan ayah adam. Ada tetamu bertandang ke rumah kerana notebooknya disangkakan terdapat virus. Ayah melakukan diagnostic dan tiada virus dikesan. Mungkin sekadar masalah biasa yang diharapi oleh sistem operasinya. Dan yang menariknya, ayah dan ibu adam tak terjaga langsung sehingga kedengaran suara adam menangis dan merangkak ke bilik ayah dan ibu adam. Nampaknya ayah dam ibu adam kena berhati hati bila tidur :P kerana pintu bilik terbuka. Kalau pintu bilik tertutup memang tak dengar langsung adam menangis.
Bos ayah adam pernah berpesan. Jangan bagi anak masuk bilik selagi pintu tidak diketuk dan keadaan bilik dalam keadaan kemas. Semua pakaian dalam telah tersimpan, baru benarkan anak masuk. Itu adab memasuki bilik ayah dan ibu.

