Semalam, seperti yang dijadualkan berlaku AGM Alumni Samura. Alumni Sekolah Menengah Sains Muar. Sebagaimana yang ayah adam beritahu, AGM Samura tiada dalam diari ayah adam. Ini kali ke dua ayah adam tidak menyertai AGM Alumni Samura. Sebelum ini, Ayah adam tetap berusaha untuk menyertainya. Walau apa pun rintangannya. Tapi untuk kali ini ayah adam hilang bersama angin yang lalu. Kenapa?
Kerana tahun ini terdapat pemilihan Ahli Jawatan Kuasa. Dan buat masa ini, ayah adam tidak mahu sebarang tanggungjawab dalam Alumni. Cukuplah dengan tanggungjawap yang sedia ada. Apa pun ayah adam tetap menyokong sebarang aktiviti dan sebarang usaha yang dilakukan oleh Alumni.
Alumni Samura merupakan satu "jemaah" yang menjadi sebahagian dari kehidupan ayah adam. Semenjak ianya ditubuhkan ayah adam pernah menjadi EXCO selama sepenggal dan kemudian ayah adam menghilangkan diri seketika. Dan kemudian muncul kembali. Kini ayah adam hilangkan diri kembali. Kalau dulu kerana ibu adam, kini kerana adam. Ayah adam ingin menumpukan masa dan perhatian kepada keluarga ayah adam.
Satu lagi sebab kenapa ayah adam tidak menyertai AGM Alumni adalah kerana ayah adam tidak lagi mendapat sokongan dari ibu adam. Sebelum ini, AGM merupakan platform untuk "Perjumpaan Keluarga" namun semenjak beberapa tahun lepas, hanya ayah adam yang membawa keluarga ke AGM. Ramai yang datang bersendirian ke AGM. Dan tahun lepas ibu adam telah ditegur oleh "individu yang tertentu" bahawa ibu adam lebih samuranya dari ahli samura sendiri. Setiap kali AGM pasti ada muka ibu adam.
Ibu adam merupakan bekas pelajar MRSM dan ayah adam pula bekas pelajar SMS. Apa itu MRSM dan SMS? MRSM adalah Maktab Rendah Sains MARA sementara SMS adalah Sekolah Menengah Sains atau lebih dikenali dengan Sekolah Berasram Penuh (SBP). Walau bagaimana pun selama hari ini ibu adam merupakan orang yang menjadi tulang belakang ayah adam dalam SAMURA. Ibu adam banyak membantu ayah adam dan secara tidak langsung membantu Alumni SAMURA. Tapi setelah ditegur begitu, bagai membunuh semangatnya.
Oklah, Selamat menjalankan tugas kepada semua yang telah dipilih. Sekiranya alumni memerlukan khidmat ayah adam , ayah adam akan sentiasa bersedia untuk berbakti. Good Luck Bro.
Tender oh tender
16 tahun yang lalu

