Lepas makan, kami bersama dengan tetamu dari Singapura pulang ke rumah untuk membersihkan diri dan bersolat maghrib. Adam dah lena keletihan waktu itu. Sayu hati mengejutkan dan menukarkan baju Adam waktu tu. Tanpa mandi, Adam dibawa pula ke Rawang. Ketika kami tiba, Pengantin sedang bersanding. Ibu dan Ayah Adam merupakan orang terakhir yang menjadi penutup majlis berinai itu. Selepas itu, kami menjamu selera. Ramai juga saudara mara belah tok ayah Adam yg telah bersedia menanti di rumah pengantin.
Kami tiba di rumah kira-kira pukul 11.30 malam. Keletihan semua orang terus tidur, kecuali ada seorang budak bertuah yang menunjukkan kemahiran barunya. Hari ini Adam berjaya:
Turun dari buaian
Memanjat katil
Turun dari katil
Dengan selamatnya. Nampaknya pengalaman pertama Adam jatuh katil dulu benar2 menginsafkannya dan pelajaran turun katil berjaya diaplikasikan. Rasanya pukul 1.30 pun Adam masih lagi turun dan naik katil sambil 'mengurut' ayah dan ibu yang kepenatan.
Pagi Ahad, selepas bersarapan kami berkumpul di rumah mak atuk. Apabila cukup korum, semua kereta bereben hijau mula bertolak ke Felda Sungai Buaya. Di R & R Rawang di tambah dengan 3 kereta lagi. Apabila sampai, kami berehat di rumah persinggahan, sementara pengantin bersalin pakaian dan bersiap. Selepas siap, 2 pengantin lelaki berarak ke rumah pengantin perempuan.
Selepas makan, bersanding dan bergambar bersama keluarga, kami pulang ke rumah mak atok. Tiba disana lebih kurang pukul 3.30 ptg. Banyak juga yang perlu dibersihkan dan dikemaskan. Sementara ibu mengemas, Adam bermain dengan abang dan kakak sepupunya. Apabila siap, Adam pulang kerumah pukul 6 petang. Masuk jer ke rumah, Ada terus tidur dibiliknya dengan nyenyaknya. Kini giliran rumah Adam pula dibersih dan dikemaskan.
Sepatutnya dari 18/8/2008 – 21/8/2008 Ibu adam menjadi facilitator kursus lagi. Kerana kesibukan, ibu tidak sempat untuk pack baju untuk bermalam di Hotel. Oleh kerana kursus dijalankan di Kuala Lumpur sahaja, ibu dah nekad untuk berulang sahaja setiap hari.

