Sabtu, 2 Ogos 2008

Ibu adam buat apa???

Petang tadi ibu adam melahirkan apa yang dirasakannya setelah membaca penulisan ayah adam sepanjang minggu ini. Dan menurut ibu adam, penulisan ayah adam memberikan gambaran imej yang negatif terhadap ibu adam. Dalam penulisan sebelum ini, ayah adam ada menceritakan bahawa ayah adam mengsub conkan aktiviti mengemas rumah, ayah adam mencuci pakaian sendiri dan ayah adam menjaga adam, maka ibu adam membangkitkan persoalan yang mungkin akan bermain diminda pembaca blog adam, Ibu adam buat apa???

Sebenarnya banyak sumbangan ibu adam terhadap ayah adam dan diri adam sendiri. Mungkin kerana ayah adam seorang diri yang aktif menulis maka hanya aktiviti ayah adam sahaja yang terserlah sedangkan ibu adam juga turut menyumbang dalam pembangunan keluarga ayah adam. Dan dalam penulisan kali ini ayah adam ingin mengwar warkan sumbangan ibu adam.

Ibu adam bekerja dengan Agensi MARA. Pastinya semua pembaca tahu peranan MARA dalam memikul amanah rakyat Malaysia secara umumnya dan secara peribadi, ayah adam bangga menjadi suami kepada seorang isteri yang sanggup bersama sama dengan MARA menunaikan tanggungjawap kepada anak bangsanya.

Ibu adam bekerja kerana ingin meringankan beban kewangan ayah adam. Satu pengorbanan yang cukup besar dan amat ayah adam hargai. Selain dari membalas kembali apa yang MARA telah berikan kepada ibu adam semenjak ibu adam dibangku sekolah lagi. Menyemai bakti dengan memberikan bantuan sokongan teknikal kepada kakitangan MARA dalam usaha untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada rakyat Malaysia.

Sebelum bekerja dengan MARA, ibu adam bekerja dengan syarikat swasta yang terlibat dalam pembangunan aplikasi kerajaan iaitu Human Resource Mangement Information System (HRMIS) yang digunapakai oleh JPA dan 10 agensi pilot. Dan di MARA ibu adam menyambung kembali menyokong penggunaan HRMIS di dalam organisasi MARA. Siapa yang tidak bangga apabila isterinya memberikan sumbangan besar kepada rakyat Malaysia secara umumnya.

Semestinya ibu adam memerlukan sokongan padu dari ayah adam dalam melaksanakan misi dan visi ibu adam dalam MARA. Oleh kerana ibu adam bekerja untuk meringankan beban kewangan ayah adam maka ayah adam bertanggungjawap untuk mensyukuri dan menghargai segala pengorbanan dan jasa ibu adam. Atas dasar itulah ayah adam cuba untuk meringankan segala beban kerja ibu adam.

Ayah sedar, ibu adam keletihan apabila pulang dari kerja. Memandu dari pusat bandar ke rumah memang mencabar terutama dengan trafik jemnya. Itu sebabnya ayah adam mewujudkan beberapa peraturan antaranya ibu adam tidak perlu memasak makan malam. Walaupun begitu seringkali ibu adam memasakan makanan untuk ayah adam.

Aktiviti harian ibu adam,
Pulang dari kerja, ibu adam akan mengambil adam dari taska. Ibu adam akan membersihkan dirnya dan kemudian menyediakan dan menghidangkan makan malam. Selepas makan malam, biasanya ibu adam akan mengumpulkan semua pakaian kotor dan membasuhnya. Ketika itu ayah adam akan bermain dan menghabiskan masa dengan adam. Baju yang telah kering akan dilipatkannya dan dalam masa yang sama, ibu adam akan menjaga adam dan menidurkannya sementara ayah adam tidur. Dan biasanya ayah adam akan terjaga dalam pukul 1 atau 2 dan akan mengambil alih tugas menjaga adam. Membancuh susu dan menukar lampin.

Bangun dari tidur, ibu adam akan menggosok baju. Kemudian menyediakan barang adam sebelum membersihkan diri dan bersolat seterusnya ke tempat kerja. Ibu adam perlu keluar awal pagi untuk mengelak jem dan punch card merah.

Memandangkan sumbangan dan pengorbanan ibu adam yang besar dalam kehidupan ayah adam, sesekali ayah melakukan kerja kerja seperti menggosok baju sendiri, membasuh dan aktiviti lain bagi membantu dan meringankan beban kerja ibu adam. Dan semestinya ketika ibu adam kerja diluar kawasan, ayah adam melakukannya sendiri.

Dalam usaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik buat ayah adam, maka ibu adam memerlukan bantuan dan itu sebabnya ayah adam membalas balik dengan beberapa kaedah seperti mengsub conkan aktiviti mengemas rumah. Perlu diingat adam amat alah pada habuk. Rumah perlu bersih.

Sebenarnya banyak lagi pengorbanan ibu adam yang ayah adam tidak sempat nak senaraikan. Apa pun, ayah adam tak peduli apa yang orang lain nak katakan. Yang penting bagi ayah adam, doa ayah adam agar ibu adam diberikan ganjaran yang setimpal dengan apa yang dikerjakannya. Dipermudahkan segala urusan dan diberikan yang terbaik didunia dan diakhirat.