Jumaat, 22 Ogos 2008

Ibu adam terasa

Ayah adam tak sedar langsung yang ibu adam terasa hati dengan ayah adam. Apa taknya, pagi tadi ibu adam bangun, mandi, urus diri, solat subuh dan terus keluar. Dan ketika itu, ayah adam masih tak sedar yang ibu adam terasa hati.

Setelah pulang dari menghantar adam ke taska, sambil menikmati nasi lemak, baru ayah adam tersedar. Hmm ibu adam tak salam dan peluk ayah adam semasa hendak ke tempat kerja. Lalu ayah adam menghantar sms

"Kalau awak marahkan saya, hati-hati drive"..

Seketika dalam perjalanan ke pejabat ayah adam menghubungi ibu adam. Setelah mendapatkan penjelasan baru ayah sedar. Ayah adam telah memberikan reaksi yang negatif terhadap pengorbanan yang ibu adam lakukan.

Ibu adam sanggup memandu, untuk pulang ke rumah kerana hendak bersama dengan ayah adam dan adam sementara ayah adam hanya mementingkan dirinya sendiri. Letih dan penat sehinggakan ayah adam mengabaikan kehadiran ibu adam. Dari kaca mata ayah adam, kepulangan ibu adam ke rumah tidak mempunyai sebarang nilai namun bagi ibu adam ianya merupakan satu sumbangan yang cukup besar dan perlu dihargai dengan pelukan dan belaian namun apa yang ibu adam dapat hanya bunyi dengkuran ayah adam.

Maafkan ayah adam, ya ibu adam. Biasalah ayah adam "I'm just a soul whose intentions are good"