Mungkin ayah adam agak emosinal sedikit semalam dan hari ini namun tiada siapa yang tahu melainkan Allah swt apa yang terjadi dan berlaku semalam sehinggakan emosi ayah adam juga tercalar. Semalam ayah adam bergegas ke putraja kerana HeiTech Padu Berhad terlibat dalam Pameran sempena Persidangan CIO di PICC. Ayah merupakan orang yang ke 3 rasanya sampai ke booth pameran dan bersiap sedia menyediakan kiosk RFID yang digunapakai dalam pameran tersebut.
Dalam hati ayah adam, setelah selesai segala persediaan, ayah adam akan bersarapan pagi namun urusan sarapan pagi tertangguh dan terbantut apabila Tuan Haji Safiee bin Haji Mohammad telah pun sampai awal. Ayah adam telah diberikan cabaran menceritakan tentang Kiosk RFID dan ayah adam, tergaman dan tidak dapat berkata kata. Terdiam dan tidak dapat nak berbicara. Ayah adam tahu, tentunya Tuan Haji Safiee bin Haji Mohammad agak kecewa dengan ayah. Namun ayah sendiri tak tahu kenapa. Pelbagai kemungkinan ayah adam senaraikan. Mungkin sebab ulser pada lidah, atau ayah adam belum bersarapan pagi atau memang ayah adam tidak bersedia dengan semua keynote. Ini bukan kali pertama ayah adam menerangkan tentang Kiosk RFID dan penggunaanya dalam perniagaan. Hampir pukul 11 lebih baru ayah adam dapat bersarapan. Mee goreng dan air kopi.
Ayah adam cuba untuk tidak terlalu memikirkannya dan fokus terhadap apa yang berlaku namun ternyata dari 100% turun sehingga 40% sahaja. Ditambah dengan masalah akses ke internet dan keadaan pengurusan majlis persidangan yang tidak teratur perjalanannya. Tengah hari, ayah adam tidak sempat mengambil makan tengah hari.
Petang pukul 5 lebih baru selesai urusan pameran. Ayah adam bergerak pulang ke rumah. Dalam perjalanan 3 kali ayah adam hilang fokus pemanduan. Rasa letih dan mengantuk. Syukur Alhamdulillah sampai juga ayah ke stesen Petronas di tepi lebuhraya. Ayah adam minum petang dengan menu air kopi dan sandwish dan meneruskan perjalanan. Sampai di Bukit Lanjan, persimpangan ke Sg Buluh dan Jalan Duta, tetiba kenderaan depan berhenti dengan mengejut dan cuba menukar lorong dengan teragak agak. Dengan kelajuan 70kmsj ayah adam cuba memberhentikan kereta. Saat itu ayah adam tahu, memang kereta ayah adam tidak akan sempat berhenti on the spot dan ayah adam rasa memang akan berlaku kemalangan. Apa tah lagi bila ayah adam menjeling ke cermin belakang, kereta dibelakang ayah juga dalam keadaan yang sama.
Namun ternyata umur ayah adam masih lagi panjang. Syukur Alhamdulillah dengan keizinan dari Yang Maha Esa, kereta ayah adam berhenti tepat pada masanya dan hanya menyentuh sedkit bumper kereta depan dan pemandu kereta berkenaan pun tak tersedar yang bumper kereta dia dicium oleh kereta ayah ayam. Ayah adam masih lagi rasa terkejut. Dan sepanjang perjalanan pulang, fikiran ayah adam hilang entah ke mana.
Konflik dengan ibu adam.
Sampai di rumah, ayah adam menjemput adam dan kami minum teh di gerai sementara menanti kepulangan ibu adam. Apabila kelibat kereta ibu adam lalu di depan gerai, kami pun pulang ke rumah. Sampai di rumah, ibu adam menyambut adam dan melayan adam. Ayah adam tak sempat nak bercerita tentang apa yang berlaku. Ayah adam dimaklumkan oleh ibu adam bahawa kad temujanji adam belum difakskan ke HeiTech Padu, malam ini ayah adam kena scan dan emailkan kepada Faizul diHeitech. Masa itu ayah adam dah tak dapat nak kawal emaosi lagi. Ayah adam mula meninggikan suara. Urusan tersebut sepatutnya selesai minggu lepas lagi namun tertangguh. Ayah adam dah minta selesaikan kerana minggu ini 2 hari ibu adam outstation dan ayah adam takut tidak sempat mengemukakan kad temujanji itu untuk memohon GL. Dan semalam ayah adam mendengar bahawa urusan permohonan GL masih belum selesai. Tak ke biol kepala ayah adam.
Ayah adam hilang kawalan emosi namun masih dapat mengawalnya. Ayah adam hanya mendiamkan diri Sementara ibu adam merajuk. Lepas solat, ibu adam masuk ke dalam biilik dan membiarkan ayah adam dan adam di dalam bilik TV. Ayah adam keletihan dan kepenatan. Fikiran masih lagi teringat apa yang telah berlaku dan ibu adam pula merajuk dan kini ayah adam perlu melayan adam sehingga adam tidur. Syukur Alhamdulillah, ayah adam dapat mengawal emosi ayah pada adam dan lebih kurang pukul 10 lebih adam tidur bersama ayah adam di dalam bilik adam. Sebelum itu sempat juga ayah adam minta maaf dari ibu adam. Entah pukul berapa ayah adam masuk tidur disebelah ibu adam dan biasalah orang merajuk, so malas nak tulis.
Bangun pagi tadi dah masuk waktu subuh, ayah adam ambil wuduk dan bersolat then tidur balik. Sedar sedar, ibu adam dah tak adam dan adam pun dah tak ada. Then ibu adam calll. Hmm dari nada suaranya masih lagi marah. Ayah adam dapat meneka emosi ibu adam. Tentu ibu adam sendiri rasa kecewa dengan apa yang berlaku kerana ayah adam tidak berkesempatan menceritakan apa yang berlaku. Apa tah lagi semuanya berlaku pada Hari Jadi Ibu Adam. Mungkin ibu adam rasa kecewa kerana tiada bunga ROS yang diterima, tiada ucap selamat hari lahir yang diterima dan tiada hadiah yang diterima. Namun ayah adam nak beritahu betapa ibu adam perlu bersyukur kerana semalam ibu adam tidak menerima jenazah ayah adam. Sekiranya semalam ibu adam menerima jenazah ayah adam, ayah adam tak dapat nak meneka apa yang akan berlaku sepanjang hari ini.
Apa pun ayah adam rasa insaf. Dan doa ayah adam sekiranya ayah adam pergi dulu, semoga ibu adam mendapat suami yang lebih baik dari ayah adam dan adam pula mendapat ayah yang lebih baik dari ayah adam sekarang. Siapa tahu ...
Tender oh tender
15 tahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan