Tension betul rasanya. Petang tadi ayah adam terima panggilan telefon dari tuan rumah yang baru. Katanya ada orang nak tengok rumah dan bertanya sama ada kunci rumah dah ditukar ke belum. Masya Allah. Kami dah bayar deposit menyewa dan kini dia masih nak jual rumah tersebut. Tapi memang hak dia untuk menjual. Ayah adam tak mampu nak beli rumah tersebut. Keadaan kewangan ayah adam agak genting tapi tak putus. Alhamdulillah.
Dalam perjalanan pulang, seperti biasa ayah adam akan melalui toll PLUS subang keluar di toll sg buluh. Dan kebiasaannya ayah adam akan menggunakan touch and go tanpa sebarang masalah tapi petang tadi kad t & g dipaparkan sebagai tidak sah. Nasib baik ada mykad yang mempunyai t & g dan masih ada baki RM2.20. Kalau tidak parah juga kena undur dan tukar kosong tunai. Dalam perjalanan ke toll sg buluh, ayah adam singgah di Stesen Minyak untuk reload t & g,
Balik sampai rumah, azan maghrib dah berkumandang. Tak sempat nak solat berjemaah. Buka pintu rumah, adam dah terbaring di dalam play pen dia sambil tersengeh. Bila ayah adam bergerak menjauhi play pen, adam menangis. Jadi kena angkat adam dan bermain dengan adam seketika. Ibu adam sedang sibuk mencuci pinggan mangkuk. Apabila ibu adam dah selesai segala urusan, ibu adam pula bermain dengan adam sementara ayah adam bersolat maghrib. Lepas solat kami ke kedai berhampiran untuk menikmati makan malam. Lepas makan malam kami pulang ke rumah dan seperti semalam, ayah adam akan beradu dahulu.
Telefon ayah adam berbunyi, mengejutkan ayah adam yang begitu kena beradu. Rasanya macam tak sempat bermimpi. Dengan tangan yang longlai ayah adam mencapai telefon, rupanya ibu adam yang menelefon untuk mengejutkan ayah adam. Jam menunjukan pukul 1 pagi. Ayah adam bangun dan turun ke tingkat bawah. Ibu adam sedang membancuh susu adam sementara adam merenggek dalam play pen.
Ayah adam menghulurkan tangan meminta susu yang telah dibancuh dan menyumbatkannya ke dalam mulut adam. Kelihatan adam begitu gelojoh menyonyot botol susu. Namun seketika adam masih merengek. Ayah adam mengeluarkan adam dari play pen dan meletakkan adam ke atas tilam di tengah ruang tamu. Sambil botol dipegang oleh adam, sambil menyonyot, seketika adam terlelap. Kesempatan ini ayah adam ambil untuk menunaikan solat tahjud. Pasrah di tikar sembahyang ayah adam menyerahkan segala urusan kepada Allah swt. Dia Yang Maha Kuasa dan Yang Maha Esa. Dengan doa agar diberikan yang terbaik untuk diri sendiri, isteri, adam dan semua pihak yang terlibat. Sambil ditemani siaran radio ikim dot fm ayah adam kembali melelapkan mata di atas tilam.
Sayup sayup kedengaran suara bayi menangis. Rasanya macam mimpi. Sesekali diselangi dengan batuk. Ayah adam lantas bangkit dari ketiduran setelah menyedari bahawa ianya bukan mimpi namun yang menangis adalah adam. Lampu dibuka, memang jelas adam yang menangis. Botol susu yang telah tersedia disumbat ke dalam mulut adam namun adam mula batuk dan agak kuat bunyinya. Tanpa buang masa, ayah adam mendapatkan ubat adam. Selepas ubat diberi, adam masih lagi merengek. Ayah adam memeriksa lampin adam. Agak besar bererti perlu ditukar. Ditonggengnya adam, dilihat dari belakang, sah adam berak. Rasa malas nak tukarkan, ingat nak kejutkan ibu adam namun kesian terganggu pula tidur ibu. Jadi ayah adam pun mencapai getah pelapik, lampin dan air serta pengelap. Setelah lampin ditukar, susu diminum maka adam pun ditidurkan kembali. Bacaan Al Quran, surah Al Baqarah masih lagi kedengaran dan setelah tamat, kedengaran pula suara azan subuh dilaungkan. Maka bermulalah hari baru bagi adam dan keluarga.
Dalam perjalanan ke pejabat, ayah adam menghantar sms kepada tuan rumah yang baru, bertanya sama ada jadi ke orang yang nak tengok rumah, membeli rumah tersebut. Jawapan yang mengembirakan. Tak jadi beli. Ayah adam terus menghubungi ibu adam untuk memaklumkan berita tersebut.
Tender oh tender
16 tahun yang lalu


0 comments:
Catat Ulasan