Malam tadi, pinggang ayah adam terasa begitu sakit. Jadi selepas makan malam ayah adam terus berehat lalu tertidur. Ayah adam terjaga apabila terdengar suara adam menangis. Lalu ayah adam beritahu pada ibu adam agar jangan biarkan adam menangis lama sangat. Lepas tu ayah adam kembali terlelap. Sedar sedar dah pukul 12.00 tgh malam dan adam masih lagi merenget. Ibu adam dah terbaring di sebelah ayah. Ayah adam tahu ibu adam keletihan. Tentunya pelbagai usaha telah dilakukan untuk memujuk adam tidur kembali. Ayah adam pun mengambil alih tugas ibu adam. Ibu adam agak sedih dari raut wajahnya. Dalam hati ayah adam, hmm ada yang silap yang telah ayah adam lakukan.
Ayah adam mula mendokong adam dan kemudian ayah adam alunkan zikir munajat. Walaupun suara ayah tidak sesedap suara Ustaz Badrul Amin mengalunkan Zikir Munajat namun akhirnya adam terlelap dan terlena lebih kurang pukul 1.00 pagi. Untuk memastikan adam terus lena hingga ke pagi, ayah adam pasangkan bacaan Al Quran berterusan. sampai detik dan ketika, ayah adam sendiri terlelap.
Pagi tadi bangkit dari tidur, ayah adam bertanya pada ibu adam. Apa yang berlaku. Rupanya ibu adam terasa yang ayah adam marahkan ibu adam sebab adam menangis. Hujah ibu adam, adam gelak ketawa ketika diberikan ubat inhaler tapi bila ubat cairkan kahak, oleh kerana ubat tersebut agak pahit sedikit maka adam akan menangis ketika mengambil ubat tersebut. Dan ketika itu suara ayah agak tinggi jadi andaian yang dibuat oleh ibu adam, ayah marah.
Mungkin sama seperti orang lain, ayah adam memohon maaf dari ibu adam walau apa pun kesalahan yang dilakukan sama ada sedar tak sedar. Begitulah kita insan. Seringkali membuat andaian dan anggapan. Namun apabila yang benar itu jelas maka yang salah tetap perlu memohon maaf. Tak salah seorang suami memohon kemaafan dari seorang isteri.
Pagi tadi adam dibekalkan dengan bantal peluk momon dia. Adam suka sangat bergusti dengan bantal peluk momon. Nak digigit gigit bantal peluk momon. Semalam cikgu adam mengadu pada ibu adam yang adam nak ada orang mengagah dia dan kalau tidak dia akan menangis.Jadi dinasihatkan agar adam membawa permainan dia sendiri. Pada mulanya ibu adam mencadangkan agar dibawa kuda pusing pusing tapi susah pula kalau tertinggal di taska. Jadi kita cuba hantar bantal peluk momon. Tunggu reaksi cikgu petang ni.
Tender oh tender
15 tahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan