Jumaat, 2 November 2007

Kesibukkan Ayah Adam.

Di saat ibu adam bertukar jabatan, ayah adam pula sibuk dengan tender Monorail Penang. Fokus kepada Automatic Fare Collection. Tapi ayah adam tetap cuba meluangkan masa untuk pelbagai aktiviti terutama yang melibatkan adam. Beberapa hari ini, ayah lihat adam dah mula serasi dengan rutin baru. Walaupun batuk dan selsama adam kembali namun kami ini kami dah sedia dengan ubat ubatan.

Balik dari taska adam akan diberikan susu dan lebih kurang lepas isyak, baru bagi ubat pada adam. Ayah adam tak ingat nama nama ubat yang perlu diberi rasanya ibu adam lebih mengingatinya. Apa yang ayah tahu adam perlu ambil ubat tersebut. Dahulu agak senang sebab adam tidak melawan tapi kini adam dah pandai melawan. Tangannya akan cuba menolak tangan ayah. Selain itu adam dah pandai meronta ronta ketika nak diberikan ubat. Menangis memang dah dikuasinya.

Tapi setelah segala usaha memberikan ubat berjaya, adam akan menghadiahkan dengan senyuman dan ketawanya. Pukul 9.30 atau 10 mlm, adam akan tidur dan terjaga pukul 4.30 pg. pukul 5.00 pg, adam akan diberikan ubat sekali lagi. Selepas diberi ubat adam akan tidur dengan nyenyaknya sehingga pukul 7.30 pg ayah adam menghantar adam ke taska.

Esok kami akan melihat rumah sewa. Kalau sesuai kami akan menyewa rumah tersebut. Petang esok ada 2 rumah terbuka. Salah satu adalah rumah cikgu adam. Hari ahad, sebuah lagi rumah sewa yang akan ditinjau.


0 comments:

Catat Ulasan