Isnin, 5 November 2007

Hujung Minggu

Hujung minggu ini agak padat. Sama seperti hujung minggu lepas. Hari sabtu, keluarga adam hehe pergi melihat rumah sewa yang baru. Rumah teres 2 tingkat di Tmn Bukit Desa. 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Agak besar berbanding rumah yang ayah adam sewa sekarang ni. Adam pun nampak selesa bila masuk ke rumah tersebut. Dan suasananya pun agak tenang. Kejiranan ramai cina. Sewanya RM650. Ada banyak sebab kenapa perlu mencari rumah baru walaupun rumah sekarang ni sewanya cuma RM330. Dahulu berdua, jadi keperluan untuk bilik ke tiga tidak mendesak tapi kini setelah kehadiran adam maka keperluan untuk rumah yang besar sedikit dan tambahan bilik adalah mendesak. Dari situ dalam satu mesyuarat di antara ayah adam dan ibu adam memutuskan untuk berpindah ke rumah yang lebih besar sedikit demi menyediakan suasana yang sesuai untuk adam membesar.

Lepas melihat dan membayar deposit untuk rumah tersebut, kami bergerak ke Tmn Amaniah untuk membawa adam bertemu dengan doktor. Ubat batuk adam dah habis. Lepas bertemu dengan doktor kami pulang ke rumah untuk bersiap.

Sebelah petang kami ke Sri Petaling, rumah terbuka sepupu ayah adam,. Mak atuk dan acu pun pergi sama. Uda bawa tunang dia sekali. Meriah. Tapi tak sempat nak bersembang lama dengan Abg Jo dan Kak Yah. Lama juga kami di sana. Sebelum maghrib kami telah pun sampai ke rumah. Malam tu pada mulanya nak beraya lagi ke rumah cikgu adam tapi keadaan adam yang batuk serta suasana yang sejuk akibat hujan membatalkan hasrat kami.

Hari ahad pula, ayah adam yang sibuk. Sebelah pagi ayah adam dan adam membantu ajk surau untuk menyediakan persediaan jamuan raya di surau. Hampir pukul 12 baru pulang ke rumah. Adam masa tu beru terjaga dari tidur. Oleh kerana tengah hari agak panas, maka kami sekeluarga hanya dapat ke surau selepas zuhur. Itu pun masih lagi panas. Pulang dari jamuan raya, mungkin kerana kepenatan dan kepanasan, satu keluarga tertidur.

0 comments:

Catat Ulasan