Sabtu, 10 November 2007

Konflik taska dan ibubapa



Semasa ibu mengambil Adam petang semalam, ibu agak terperanjat. Bila pintu taska dibuka, Adam sedang didukung oleh pengetua taska tersebut, tidak di letakankan dalam car seat seperti biasa. Soalan pertama pn. tersebut adalah "Dia memang macam nih sejak dari rumah ker? Ibu tak faham apa yg dimaksudkannya. Katanya Adam terlalu sakit dan susah bernafas sejak dari awal pagi, selepas dihantar oleh ayah lagi. Ibu diberikan syarahan tentang tanda-tanda baby semput dan sukar bernafas, dan meminta ibu membawa Adam ke hospital malam itu juga. Setelah puas bersyarah, barulah Adam diserahkan kepada ibu. Semasa ibu meletakkan Adam dalam car seatnya, Adam tersenyum riang pada ibu. Begitu juga sepanjang perjalanan pulang kerumah, tiada sebarang rengengkan atau tangisan dari Adam.

Sebenarnya petang semalam genap 48 jam, Adam tidak diberikan sebarang ubat, samada dalam bentuk gas/inhealer ataupun ubat cecair. Ibu dan ayah berpendapat, tanpa sebarang ubat, Adam kelihatan begitu sihat, cuma masih batuk sekali sekala. Sebaliknya pengetua taska berpendapat Adam begitu sakit tanpa ubat2nya.Untuk memuaskan hati semua pihak, selepas solat maghrib dan makan malam, Adam diberikan semula segala ubat-ubatnya. Kemudian, Adam leka bermain dengan segala barang permainannya. Hingga pukul 12 lebih Adam masih leka bermain dan amat sukar untuk melelapkan mata.

Pukul 9.30 malam, agen rumah di sri damansara datang ke rumah untuk mengambil duit sewa. Agak lama juga ayah dan egen tuh berbual2 diluar. Sempat juga Ayah berbual2 melalui telepon dengan tuan rumah yang bernama Haris itu. Ayah menyatakan hasrat kepada tuan rumah tersebut, jika suasana dan kejiranan sesuai, apabila keadaan kewangan mengizinkan, kami berminat untuk membeli rumah tersebut. Ini kerana lokasinya cukup strategik, mudah untuk ibu dan ayah ketempat kerja, dan tidak terlalu jauh dari rumah mak atok, jika sekiranya uda pulang lewat dan ayah perlu untuk menyuntik mak atok. Ternyata berkat kesabaran, akhirnya kami bertemu dengan rumah yang diidam-idamkan, cuma keadaan kewangan belum mengizinkan untuk kami memiliki rumah tersebut buat masa kini, walaupun harga yang ditawarkan dibawah nilai pasaran. Cukuplah sekadar menyewanya terlebih dahulu.

0 comments:

Catat Ulasan