Jumaat, 9 November 2007

Cuti semperna Deepavali

Pulang dari pejabat petang rabu tuh, sebelum mengambil Adam, ibu berlegar2 di sekitar Sri Damansara, sekadar untuk melihat rumah yang dicadangkan oleh egen hartanah untuk disewa. Hampir 15 minit mencari, akhirnya ibu berada di hadapan rumah yang dimaksudkan. Ambil gambar then send to ayah Adam. Selepas itu baru ibu mengambil Adam dari TASKA. Buat pertamanya kali, ibu tidak memberikan sebarang ubat batuk atau inhealer kepada Adam, ternyata tiada batuk yang teruk dan ibu dengan senangnya solat maghrib.

Lepas solat, ibu menghubungi egen rumah di Bukit Desa bertanyakan kalau2 wang deposit yang telah dibayar boleh dikembalikan. Agen tuh agak terkejut kenapa kami ingin membatalkan sewa rumah tersebut. Kami memberikan alasan yang pada egen itu kurang munasabah. Sebenarnya malas nak cakap "we get a better house". Selepas menghubungi egen untuk rumah di Sri damansara, malam itu juga kami pergi melihat rumah tersebut. Ternyata rumah ini lebih baik. Semua lantainya jubin, mudah untuk ibu mop bagi menjamin kebersihannya nanti. Sama juga 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Sebab utama ayah cukup berkenan dengan rumah ini adalah sebab setingkat, bererti tiada kemungkinan untuk Adam jatuh tangga. Selain daripada itu, persekitarannya ala2 kampung sikit, senyap dan sunyi jer walaupun penduduknya ramai. Berbeza benar dengan Bukit Desa yang hiruk pikuk kerana menjadi jalan laluan utama. Selain daripada itu, tuan rumah ini melayu, dengan itu, tak perlulah seluruh rumah tersebut disamak dengan air tanah sebelum boleh diduduki. Pada mulanya egen tuh memberitahu wang yang perlu kami bayar adalah 2 bulan deposit, sebulan sewa bulan semasa, ½ bulan deposit api dan air dan Rm150 untuk surat perjanjian penyewaan. Jumlah semua adalah RM2425.00. Ayah meyakinkan bahawa duit tuh tetap ada, syaratnya yakin Allah akan mendatang rezeki dari sumber yang tidak disangka2. Ibu dah berkira2 untuk mengelaurkan dari tabung haji hari jumaat nanti.

Malam tuh Adam tidur cukup lewat. Pukul 12 tgh malam pun matanya masih bulat, sedangkan ibu dan ayah yang dah cukup mengantuk dan keletihan. Tidur sekejab, pukul 3.30 pagi Adam mula merengek. Mungkin sebab tiada sebarang ubat yang diberi. Setelah sekian lama meragam, hampir pukul 5 barulah Adam lena kembali, hinggalah pukul 10.30 pagi.

Bangun dari tidur, Adam disiapkan, untuk Majlis Jamuan Raya Sukarelawan Yayasan Pembangunan Nurhikmah, di Kajang. Oleh kerana ada kawan yang tinggal di Pandan Indah ingin menumpang, ibu mencadangkan makan tengahari di restaurant kegemaran ibu 10 tahun nan lalu. Bukan main suka lagi kakak pemilik restaurant tuh jumpa ibu dan Adam, sebab dah terlalu lama ibu tidak ke sana.

Tiba di tempat jamuan, ternyata Adam yang jadi tumpuan. Kawan2 ibu dan ayah sibuk mengambil gambar dan bertanya pelbagai perkara tentang Adam. Kira Adam public figure lah dijamuan tersebut. Bukan sahaja orang dewasa, malah kanak2 yang berusia setahun dan 3 tahun pun ada yang geram pada Adam. Ada dicium, dicubit pipi, malah ada yang hampir memcucuk mata bulat Adam dengan bilah sate.

Setelah penat didukung, sementara ayah dan AJK lain bermesyuarat, ibu mengambil peluang membawa Adam berihat di ruang yang dijadikan surau. Dengan beralaskan kain pelekat, Adam cukup selesa golek2 dan gelak2 disana. Lega dan bebas agaknya, bila badannya tidak lagi dipegang dan didukung.

Hampir pukul 6, kami pun berangkat pulang dalam hujan renyai2. Solat Asar di R&R Bukit Dukung. Setelah menghantar kawan tersebut, kami pulang kerumah. Adam cukup selesa tidur dibahu ibu, hinggakan tangan ibu kebas mendukung Adam dari Pandan Indah ke Kepong. Kami tiba dirumah hampir2 pukul 8 malam.

Pukul 8.30 malam, agen di Sri Damansara call ibu, bertanyakan samada kami berminat hendak menyewa rumah tersebut atau tidak. Ibu mengatakan persetujuan dan berjanji akan membayar sebahagian daripada deposit tuh esok. 5 minit kemudian, sekali lagi egen tuh call, memberitahu berita baik. Tuan rumah telah mengurangkan kepada 1 bulan deposit dan kami juga tidak perlu membayar RM150 untuk perjanjian penyewaan.

Bermakna kami telah jimat RM800. Ternyata Allah mengkabulkan doa kami, walaupun tiada wang yang masuk, tetapi pengurangan sebanyak RM800 itu terlalu besar maknanya. Betullah Allah mendatangkan rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka, syaratnya kita perlulah berdoa dan yakin dengan pertolonganNya.

0 comments:

Catat Ulasan