Pagi isnin 1/10/2007, dalam perjalanan ke tempat kerja, pengetua taska Adam call bagitau Adam semput. Ibu ingatkan nak ke opis dahulu, isi borang cuti kejab dan kemudian baru balik. Kemudian pengetua taska sms ibu bagitau Adam perlu di bawa ke Hospital dengan segera. Ibu terus balik ke rumah, ambil semua dokumen yang diperlukan, ke taska untuk mengambil Adam dan bergegas ke Bhg kecemasan Damansara Specialist Hospital. Slamber jer ibu parking di tempat ambulan dan terus bawa Adam ke kaunter pendaftaran. Ibu mengatakan Adam susah bernafas. Sementara ibu mendaftarkan Adam, seorang nurse dah mengambil Adam untuk di timbang. Tidak lama lepas tuh Adam dibawa jumpa doktor. Doktor mengarahkan hidung Adam di sedut. Apa lagi melalaklah Adam. Lepas tuh sekali lagi Adam mengadap doktor. Dan doktor mengarahkan supaya dibawa jumpa Doktor Azizi. Sementara menanti, pak guard meminta ibu mengalihkan kereta. Macam mana ibu nak alihkan sedangkan ibu nak jaga Adam. Mujur ada seorang makcik kata, pergilah alihkan dulu, makcik tolong tengokkan Adam. Lepas semua kekalutan, ayah Adam pun sampai. Lega rasanya.
Bersama ayah, kami ke klinik Doktor Azizi. Dr minta hidung adam disedut sekali lagi, periksa kandungan oksigen, x-ray then dimasukkan ke ward. Lebih kurang pukul 3 ayah pun balik, sbb ayahpun tak sihat. Mlm tuh ayah datang bersama uda membawa segala keperluan ibu dan Adam di ward. Ayah memaklumkan bahawa ayah dapat MC 2 hari. Malam tuh ayah pun tidur di ward, balik pukul 3.30 pagi, membawa balik kereta ibu dan terus bersahur di MacD.
Pagi selasa 2/10/2007 – Ayah Adam MC dan berehat dirumah. Ibu pun batuk dan kahak berdarah. Pukul 6.30 ptg Dr datang dah mengarahkan Adam di pindahkan ke HDU, dan menyuruh ibu ke ward kecemasan untuk minta ubat, takut menjangkit kepada Adam. Lepas berbuka puasa Adam di tolak ke tingkat 3. Tengok di luar Bhg tuh ICU/NICU/HDU. Dan bila masuk tengok mesin2 tuh pun dah membuatkan ibu ngeri. Nasib baik Adam di masukkan bilik Isolation, tidak sekali dengan pesakit2 lain diluar diICU tuh. Kemudian Adam dikelilingi beberapa orang nurse. Sebelum nih Adam cuma ada drip air di tangan kanan dan pengukur tahap oksigen di kaki kiri. Kini timbah dengan wayer oksigen di hidung dan pengukur kadar pernafasan dan degup jantung di dada yang mencatatkan bacaan setiap saat. Setelah selesai, nurse meninggalkan ibu bersama Adam yang menangis, mungkin tidak selesa dengan wayar yang berselirat. Melihatkan keadaan Adam, air mata ibu sendiri pun tak mahu berhenti menitis. Hampir2 waktu isyak, Ayah Adam datang, dan menggantikan ibu memujuk Adam. Ibu mengambil kesempatan untuk ke minta ubat di ward kecemasan. Bila pulang, ayah memaklumkan Adam telah menghabiskan 120ml susu. Alhamdulillah, lega rasanya. Malam tuh sekali lagi ayah dah ibu sama2 bermalam di ward menjaga Adam.
Hari rabu, ayah bercuti, tapi terpaksa juga ke pejabat sekejab sebab ada urusan penting. Petang jumaat, Adam mula sihat. Tanpa wayer oksigenpun % oksigennya dah lebih 90%, maka doktor mengarahkan wayar dihidung Adam dibuka. Barulah Adam agak lega sebab dah boleh tidur meniarap, gaya tidur kegemarannya. Sebelum ini dengan wayar berselirat, Adam cuma mampu tidur menelentang. Setiap 4 atau 6 jam sekali nurse akan bawa nubuliser dan asapkan hidung dan mulut adam untuk mencairkan hingus dan kahak. Kemudian hidung dan kerongkong Adam akan dimasukkan wayar untuk menyedut hingus dan kahak. Sayu hati ibu setiap kali Adam dikerjakan begitu dan pastinya tangisan Adam menggegarkan seluruh ward dan membangunkan pesakit2 lain yang sedang tenat.
Pagi sabtu ibu pulang kerumah sekejab, kononnya untuk mengemaskan rumah. Ayah mengambil alih menjaga Adam. Tapi hati ibu tak tenang, pukul 3 petang ibu pergi semula ke Hospital. Bila ibu sampai, drip di tangan Adam telah dibuka sebab tangan kanan Adam telah bengkak. Cukuplah 4 botol air dimasukkan ke badan Adam. Hari Ahad dan isnin, ibu cuma menanti dengan harapan Adam segera di pindahkan ke ward biasa semula. Pagi isnin doktor kata boleh balik ke ward tapi doktor tak benarkan 2 katil sebilik, sebab doktor takut Adam kena jangkitan semula. Tinggal di bilik di HDU atau tukar ke ward dengan satu katil. Pada ibu sama jer RM250 sehari(mungkin ayah kena bayar RM100 sehari sebab kelayakan ayah cuma RM150 sehari), so ibu memilih untuk kekal di HDU. Sebab utamanya ibu telah cukup mesra dengan semua nurse yang bertugas. Malah sesetengah nurse, ibu dah tahu tinggal dimana dan siapa nama anak diorang. Kalau pindah ward akan memakan masa pula untuk mengenali nurse yang baru.
Pagi rabu 10/10/2007, doktor dah bagi hint yang Adam dah boleh balik petang tuh. Dan semua wayer di dada dan kaki Adam telah dibuka. So bolehlah ibu bawa Adam berjalan2 disekitar ward. Sekali ibu masuk ke bilik tempat orang menungga saudara yang menjalani pembedahan untuk menonton TV. Seorang perempuan china bertanyakan beberapa perkara tentang Adam. Berkali2 dia memuju Adam. Adam nampak cerdik berbanding usianya. Kembang hati ibu. Pukul 6 petang doktor melawat Adam dan bersetuju Adam dikeluarkan malam itu juga. Selepas berbuka, dan ayah menguruskan discharge Adam. Hmm RM9 ribu lebih untuk 10 hari 10 malam di ward. Sebelum pulang, Adam bergambar bersama2 dengan nurse yang bertugas. Baru ibu ingat, masa Adam mula2 masuk dulu, nurse yang bertugas adalah seorang India bernama Anila dan juga seorang yang sedang mengandungkan anak sulungnya, bernama Zuraina. Dan kebetulan, hari terakhir Adam diHDU, nurse yang sama juga bertugas. Adam tiba dirumah lebih kurang pukul 9.30 malam, ketika orang masih bersolat terawikh. Home sweet home..
Album gambar Adam di Hospital Pakar Damansara.