Semalam petang ibu adam memaklumkan bahawa ibu adam akan ditukarkan ke Bahagian MIS MARA. Kesan dari pertukaran ini, jawatan ibu adam akan berubah dari juruaudit kepada pegawai sistem maklumat. Dalam ertikata lain, ibu adam tidak perlu "outstation" untuk buat audit.
Ayah adam mengerti perasaan ibu adam yang terpaksa meninggalkan adam bersama sama dengan ayah adam apabila perlu "outstation" buat audit. Telah berkali ibu adam menyatakan keberatannya dan apa yang ayah adam pesankan, minta dari Allah swt yang terbaik. Sekiranya kekal menjadi juruaudit adalah yang terbaik maka berikan yang terbaik. Namun sekiranya tidak pastinya Allah swt akan tetap berikan yang terbaik untuk kita. Kita merancang dan berdoa namun Allah swt yang memutuskannya dan setiap keputusanNya adalah yang terbaik untuk kita. Setelah hadir kesusahan dihujung ramadhan maka di pertengah syawal kemudahan diberikan oleh Allah swt.
Kini ayah adam berpesan lagi pada ibu adam. Bersyukur dan bersyukur kepada Allah swt. Lahirkan rasa syukur itu.

1 comments:
assalam..
blog nie belongs to kakak adam ye??
Catat Ulasan