Pagi tadi ayah adam keluar rumah lewat sedikit. Tak tahu kenapa. Sebelum ke tempat kerja, ayah adam bawa adam ke rumah mak atuk. Sebelum tu sempat juga ayah adam dan adam bersembang dengan jiran mak atuk, pak akub dan isterinya. Menurut mereka adam semakin pandai dan cergas. Sentiasa tersenyum dan tersengeh. Sampai rumah mak atuk, macam biasa mak atauk layan adam. Bukan main seronok adam. Leka memerhatikan mereka, pukul 7.30 pagi baru keluar dari rumah. Entah macam mana ayah adam boleh terlupa yang adam ada di tempat duduk belakang kereta. Pada satu simpang yang sepatutnya ayah adam beluk tapi ayah adam terus saja. Sehingga ke lampu merah nak ke LDP baru ayah adam tersedar. Ada car seat adam warna biru. Maka ayah adam pun buat U Turn dan patah balik menujuk ke taska. Lepas hantar adam, ayah adam pun teruskan ke pejabat. Dalam hati bersyukur juga terperasan. Kalau tidak, dah sampai pejabat baru sedar adam ada di belakang. Tanpa susu dan botol, pasti adam akan mengamuk di pejabat. Tak dapat nak bayangkan bagaimana boleh kerja dan dalam masa yang sama menjaga adam. Tepat pukul 8.30 pagi, ayah adam sampai ke pejabat.
Tender oh tender
16 tahun yang lalu


0 comments:
Catat Ulasan