Isnin, 14 Disember 2009

Tua sebelum waktunya.??.

Seperti biasa soalan pertama ibu bila menjemput Adam di taska adalah, "hari nih ada kencing seluar tak? ". Cikgu kata tak der. Adam dah mula pandai control rasa nak kencing. Cikgu cuma pakaikan drypers bila Adam tidur sahaja.

Sekali lagi cikgu bertanya umur Adam "Kak, Adam dah 3 tahun kan ". Taklah, minggu depan baru Adam genap 2 tahun setengah. "Tapi dia dah macam budak 4 tahun lah, semua dia tahu, A, B, C, 1,2, 3, Alif, ba, ta...Sekarang nih Tadika cuti, jadi petang2 kami bawa budak Taska nih ke sebelah. Semua Adam dah baca. Kalau dia dah lebih 3 tahun, tahun depan kita pindahkan dia ke Tadika di sebelah ".

Saja jer ibu nak "show up" sikit pada cikgu dengan mengeja AYAM, ADAM, AYAH, ACU, AFI, IBU, ITIK, UPIN DAN IPIN, semuanya Adam dapat mengikut mengeja dan membunyikan perkataannya dengan betul. Maklumlah, semua perkataan yang di atas terlalu dekat dengan Adam.

Tak tahu bila Adam akan dapat masuk Taska MARA. Sementara itu, mungkin ibu dan ayah boleh berbincang dengan Cikgu Ita, kalau2 Adam boleh melompat kelas, skip taska 3 tahun, terus masuk Tadika 4 tahun. Bukan memaksa, tapi memang ibu yakin Adam mampu. Jigshow puzzle yang ayah beli dulu pun sekejab jer Adam dah boleh menyelesaikannya.

Memang lah Adam telah lebih tua dari usia sebenarnya.

0 comments:

Catat Ulasan