Selasa, 2 Oktober 2007

Ujian dipenghujung ramadhan

Bermula petang jumaat, adam mula batuk. Sesekali batuknya semakin kuat. Sabtu dah lihat perubhan adam. Masih lagi batuk dan tidak mahu baring. Asyik nak dokong. Hari Ahad paling teruk. Ayah adam siap belikan buai sebab tak larat nak dokong adam. Batuk bertambah teruk. Bukan setakat tak mahu diletak, adam juga tidak mahu minum. Tapi sebelah malam adam tidur dengan lena.

Pagi isnin, ayah adam hantar adam ke taska. Then ayah adam terus ke office. Belum pun keluar dari kereta, ibu adam telefon kata dia on the way nak ambil adam. Pengurus taska call dan hantar sms beritahu adam perlukan rawatan lanjut. Kami pun kelam kabut bergegas untuk ambil adam. Bayangkan awal pagi diUSJ ke Kepong, jem teruk. So ayah adam maklumkan pada ibu adam siapa sampai dulu terus ambil adam dan hantar adam ke hospital.

Pukul 10 lebih kot ayah adam pun tak pasti tapi ibu adam yang sampai dulu. Lalu adam dibawa ke Hospital Pakar Damansara. Di wad kecemasan, kahak disedut keluar kemudian dirujukkan kepada Dato Dr Azizi. Pakar kanak kanak. Menurut Dr Azizi, adam dapat jangkitan bronchitis. So perlu dimasukkan di dalam wad. Tapi sebelum itu kahak dan hingus adam disedut keluar dan diberikan oksigen serta diambil Xray.

Tengah hari baru adam dimasukkan ke wad bilik 281. Petang tu ayah adam pulang ke rumah sementara ibu adam menjaga adam di wad. Ayah adam rasa tak sedap badan lalu singgah ke klinik. Suhu badan ayah adam 38 darjah. Sah ayah adam pula mendapat jangkitan. So ayah adam minta ubat dan diberi MC untuk berehat di rumah. Malam tu ayah adam dan uda menghantar semua keperluan barang untk ibu adam diwad. Pukul 4.30 pagi baru ayah adam pulang ke rumah dan terus berehat.

Sepanjang hari ini ayah adam ada dirumah sementara ibu adam diwad menjaga adam. Lepas maghrib baru ayah adam akan ke hospital itu pun kalau ayah adam rasa selesa. Ayah adam tidak mahu menggangu proses penyembuhan adam. Nampaknya sepanjang penghujung bulan ramadhan kali ini sama seperti beberapa tahun yang lepas. Habis di hospital. Dulu menjaga ibu adam buang apendik dan kini menjaga adam. Apa pun setiap hamba Allah swt akan diuji berdasarkan kemampuannya. Yang menariknya ujian ini hadir di saat akhir bulan ramadhan. Dan sama seperti ujian ujian lain, kesabaran adalah kunci kepada kejayaan.


Surah Al Baqarah

[2.153] Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.

[2.155] Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.

[2.156] (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.

0 comments:

Catat Ulasan